Posts

Showing posts from 2015

Magnificent Experienced in Songkhla and Hatyai, Thailand.

Pulau Tioman 2009201522092015

Assalamualaikum... hampir sebulan percutian ke Pulau Tioman telah berlalu dan baru hari ini aku berkesempatan untuk meluangkan masa mencoret serba sedikit pengalaman dan kenangan mengenainya. Ringkasnya, Pulau Tioman memang kaya dengan ikan-ikan yang sangat cantik dan indah. Aktiviti yang sesuai di sini ialah ‘snorkelling’, ‘high speed boat riding’ ke sekeliling Pulau Tioman sambil menikmati keindahan biru air laut yang terbentang luas dan pepohon yang menghijau, mandi manda di pantai, mandi manda di air terjun, berjalan-jalan di persisir pantai sambil menunggu kemunculan mega jingga menandakan   terbenamnya matahari, bersantai di gerai-gerai makanan dan minuman dengan alunan muzik pada waktu malam, melihat pancaran cahaya lampu   pada air laut pada waktu malam sambil berehat di jeti dan memberi makan pelbagai jenis ikan yang sememangnya cantik-cantik. Oh…. sungguh indah kenangan ini dan aku bersyukur amat sangat dengan segala ciptaan Yang Maha Esa. Hari Pertama: Aku dan isteri