Sunday, June 27, 2021

  

3. AKU SEORANG CIKGU:  26 JUN 2021.

PIDATO: Terima kasih cikgu kerana banyak mengajar aku ilmu yang boleh aku manfaatkan kepada murid-muridku pula.

Sebagai guru Bahasa Melayu sepanjang 25 tahun berkhidmat, aku kerap menolong ketua-ketua  panitia dalam menyempurnakan pelbagai tugasan dan aktiviti yang diamanahkan. Ketua-ketua panitia aku faham sangat dengan perangai aku. Kalau aku cakap boleh, maknanya aku suka. Kalau aku cakap tidak mahu, memang aku tak suka. Kalau mereka paksa dan menggunakan bahasa lemah-lembut untuk mengganggu emosi aku. Akhirnya, aku terima, tapi faham ajelah, ianya bukan dari hati nurani aku, sebab aku tak suka banyak karenah.

Pidato dan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah satu aktiviti yang aku suka. Selalunya, aktiviti pidato melibatkan pertandingan dan persembahan sewaktu majlis-majlis tertentu. Pertandingan pidato biasanya dijalankan antara kelas, sekolah dan boleh sampai ke peringkat kebangsaan. Mengapa aku suka? Jawapannya, aku ada ilmu mengenainya berkat tunjuk ajar bekas-bekas guruku. Jadi, mudahlah untuk menolong anak-anak murid.

Pengalaman aku dalam pertandingan pidato hanya secubit jika dibandingkan dengan pemidato hebat UIA yang berjaya mengharumkan nama negara Malaysia di persada antarabangsa. Aku bangga dengan beliau. Bila terdengar aje berita kejayaan beliau, aku terus mengimbau pengalaman yang aku ada tentang pidato. Aku mewakili sekolah sahaja di bawah payung Panitia Agama Islam sewaktu di Tingkatan 4-1988 di SMK Tun Ismail, Pt Raja. “Azhar, nak wakil sekolah dalam Syarahan/Pidato di SMK Tun Aminah, nah hafal ni, dah hafal jumpa saya, nanti saya betulkan, ada dalam 2-3 minggu masa untuk awak”. Belum jawab dah dapat teks. “Emmmmmmmmmmmmmmm, oklah”. Kalau tak silap N0-4 daripada sejumlah peserta. Aku terlupa isi akhir, gagap-gagap, berhenti 30 saat……dan terus ke penutup. Eiii……geramnya. Penat berlatih depan cermin sampai adik-adik akupun geli hati melihat gelagat aku. Selain tu, menyertai Pertandingan Pidato Anjuran Umno P.Raja secara suka-suka supaya ilmu tak hilang. Kalah. Hi……hi……..hi……. Aku ni memang happy go lucky, cikgu-cikgu suka layan aku, suka denda aku, dan kadang-kadang makan hati dengan perangai aku. Entahlah.  Dalam bahas pula, aku hanya  mewakil Kelas T4 Sains 3 menentang Kelas 4 Sastera 1 (Tak banyak kelas yang menyertai). Kelas kami menang, tapi pembahas terbaik digondol oleh seorang perempuan dari Kelas 4 Sastera 1. Selain itu, aktiviti bahas antara kelas di Tingkatan 6(Kami ibarat 1 keluarga, seronok).

 Tahun ni alhamdulillah, aku manfaatkan lagi pengalaman dan ilmu-ilmu yang aku dapat daripada bekas-bekas guruku. Terima kasih, cikgu.  

 

Teks Pidato Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2021

Assalamualaikum, warohmatullah hiwabarokatuh.

Saya panjatkan hormat kepada Pengacara Majlis, Para Hakim yang bijaksana, guru- guru dan rakan-rakan.  

Minda cerdas selalu bersukan,

Badan sihat tenaga mantap;

Covid-19 harus dihapuskan;

Rakyat sihat ekonomi tegap.

 

"VIRUS COVID MENJEJASKAN SOSIOEKONOMI NEGARA" adalah tajuk pidato saya pada hari ini.

Saya …………………………………………………. dari SK Seri Gading.

Guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian,

Dunia telah menjadi gempar pada penghujung tahun 2019 kerana virus covid-19. Beribu-ribu nyawa telah terkorban kerana pandemic ini. 

Pakar-pakar perubatan menyatakan, virus merbahaya ini mula  dikesan di wilayah Wuhan, China dan ia  boleh merebak dengan cepat tanpa disedari.

Selain itu, penularan virus ini telah mengakibatkan  pelbagai implikasi negatif kepada seluruh dunia termasuk Malaysia. Pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengisytiharkan wabak ini sebagai pandemik telah menguatkan lagi bukti bahawa virus ini sangat merbahaya.

Di Malaysia, statistik jumlah jangkitan dan kematian yang dikeluarkan oleh KKM(Kementerian Kesihatan Malaysia)  telah mendorong Yang berbahagia  Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyidin Yasin  untuk  mengumumkan  pelbagai langkah berjaga-jaga semenjak pertengahan Mac 2020 hingga sekarang.  

 

Sebagai contoh, perintah kawalan pergerakan yang ketat dengan sentiasa duduk di rumah, memakai topeng muka di tempat-tempat awam, sentiasa bersenam, jaga pemakanan dan peka pada penjarakan sosial. 

Guru- guru dan rakan-rakan  yang saya sanjungi, 

Hakikatnya, virus COVID-19 ialah satu malapetaka yang bukan sahaja menggugat kitaran kehidupan seharian manusia malahan telah menjejaskan sosioekonomi sesebuah negara.

Bagaimanakah COVID-19 dikatakan menjejaskan sosioeknomi sesebuah negara?

Begini, di Malaysia, analisis daripada pakar perubatan KKM  menyatakan bahawa virus covid boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang sehingga jangka masa yang panjang iaitu boleh melebihi 14 hingga 21 hari.   Pesakit boleh maut jika tidak segera mendapatkan rawatan. Kesannya, apabila ramai tenaga kerja tidak produktif kerana masalah kesihatan, sektor perkhidmatan, pengeluaran dan pergerakan keluar masuk barangan keperluan menjadi terhad. Akhirnya, sosioekonomi sesebuah negara akan terjejas.

Para Hakim dan hadirin yang saya kasihi, 

Kemunculan virus covid-19 telah mewujudkan suasana panik di seluruh dunia kerana WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) telah memperakukan bahawa virus corona adalah pandemik atau wabak yang merbahaya.  Contoh utama yang diberikan ialah negara Itali dengan peningkatan drastik kadar jangkitan dan kematian iaitu lebih 4 juta angka jangkitan dan 127, 418 jumlah kematian sehingga Jun 2021.  

Data ini telah mewujudkan kebimbangan yang menyeluruh kepada rakyatnya dan kerajaan mereka terpaksa memperhebatkan perintah kawalan pergerakan. Akibatnya, semua sektor ekonomi termasuk barangan dan perkhidmatan di negara tersebut merudum dan lumpuh kerana kitaran ekonomi yang tidak stabil, tiada pelaburan asing dan para pelancong. Malahan, kerajaan terpaksa mencari sumber untuk menyalurkan bantuan domestik kepada rakyatnya.

Para hadirin yang mulia,

Satu perspektif yang jelas ialah wabak Covid-19 ini telah meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan pada waktu yang sama berlaku penurunan perolehan kerajaan sesebuah negara.  Kerajaan sukar mengimbangi defisit yang berlaku kerana terpaksa menanggung kos perubatan yang sangat tinggi. Contohnya, kos melakukan kajian dengan membeli alatan-alatan berteknologi tinggi, melaksanakan langkah pencegahan dan membeli ubat-ubatan bagi rawatan pesakit-pesakit covid-19.  Di Malaysia, IMR (Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit, Institut Penyelidikan Perubatan, KKM) dan rangkaian makmal swasta mengesahkan kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan.

Sebagai kesimpulan, virus COVID-19 sangat merbahaya. Virus ini telah meragut banyak nyawa manusia dan meruntuhkan sosioekonomi sesebuah negara. Ayuh, banteras penularan covid-19 dengan menjaga kebersihan dalam semua aspek kehidupan seharian seperti yang dituntut oleh agama. “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Sekian, terima kasih.

 

Penulis Teks: Cikgu Mohd Azhar Bin Abdul Karim

Penulis Teks Asal: Tidak diketahui

 

PANDUAN UMUM

HURAIAN ASAS

Teks Pidato

Hafal dulu baru berlatih

Ulang- ulang depan cermin/camera hp dengan gaya tangan, kepala dan memek muka.

'Stress' dan kuatkan isi-isi utama.

Mesti ikut peruntukan masa, + - 30 saat.

Penilaian

Lihat audio video, kelancaran, gaya dan isi.

Membentuk Keyakinan

Perlahan-lahan ramaikan ‘udience’ untuk hilangkan gemuruh dan tingkatkan keyakinan. Kalau online masalah ‘nervous’ mungkin agak kurang.  

Jika tiada ada pengalaman, peluh dingin dan ketar berlaku. Boleh lupa hafalan dalam kepala secara tiba-tiba.

Latihan sangat penting. 

Pidato Spontan

Dengar soalan baik-baik

Sebut terima kasih kepada penyoal soalan dan barulah jawab.

Minta ulang soalan jika kurang jelas.

Soalan

1.    Adakah?

Jawab: Ya/Tidak……..kerana

2.    Setuju atau tidak?

Jawab: Setuju…..kerana

            Tidak setuju……kerana

 

 

 

Friday, June 25, 2021

   2. AKU SEORANG CIKGU:  25 JUN 2021.

Tanggal 1 Mei setiap tahun, seluruh dunia menyambut hari pekerja. Sambutan ini adalah bertujuan untuk menghargai jasa-jasa para pekerja dalam lapangan  yang mereka usahakan demi mencari rezeki yang halal untuk pembangunan keluarga, masyarakat dan juga negara. Pada bulan Mei setiap tahun juga, semua guru di Malaysia menyambut Hari Guru. Sambutan ini adalah khusus untuk para guru yang juga digelar pendidik kerana semua sedar dan tidak mampu untuk mempertikai bahawa jasa guru-guru tiada tolok bandingnya di dunia ini. Selain ibu bapa, guru-guru adalah tulang belakang kepada kejayaan seseorang sama ada mereka telah bergelar Ahli Perniagaan, Perdana Menteri, Peguam, Doktor, Pensyarah atau apa jua profesion yang menjadi kebangaan.

 

SAMBUTAN HARI GURU

Tema

Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

Ucapan

Kami Sayang Guru

Anjuran:

SK Seri Gading &  Jawatan kuasa PIBG.

Jawatankuasa Utama:

Penaung, Penasihat, T.Penasihat 1, 2 dan 3 dan Pengerusi Kebirus.

Jawatankuasa Kerja:

Penyambut tetamu, Bacaan Doa, Pengacara Majlis, Buku Program, Jamuan VIP, Hiasan Pentas, Jamuan Guru-Guru(Sarapan & Tengahari), Agihan Hidangan Anak yatim & Anak Guru, PA Sistem, Jurugambar, Pertukaran Hadiah/Cenderahati Guru, Kain rentang, Kawalan murid, Kebersihan dan Dokumentasi dan Laporan.

Jemputan:

Wakil Jawatan kuasa PIBG

Tentatif Program

Aturcara Majlis

7.30 pagi

Murid berkumpul di Dataran Setia Bakti

-Bergerak ke kantin.

7.45 pagi

Majlis bermula:

-Bacaan Doa

-Nyanyian lagu Bangsa Johor, Lagu Sekolah dan Negaraku

-Bacaan Perutusan:

Menteri Pelajaran Malaysia

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Ucapan:

Wakil murid

YDP PIBG

Guru Besar

Ikrar Hari Guru

Nyanyian: Kami Guru Malaysia

Murid-murid menyerahkan hadiah kepada guru-guru kesayangan mereka

8.45 pagi

REHAT

9.45 pagi

Majlis di kantin:

Pertukaran hadiah guru

Persembahan murid-murid

11.00 pagi

Cabutan Bertuah

11.45 pagi

Selingan oleh beberapa orang guru

12.15 tengah hari

Murid-murid beratur di Dataran Setia

12.30 tengah hari

Murid bersurai


LAGU HARI GURU

IKRAR HARI GURU

Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putra puteri negara kita

 

Pada Seri Paduka

Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita

Panduan hidup kami semua

 

Di bidang pembangunan

Kami tetap bersama

Membantu, membina

Negara yang tercinta

 

Amanah yang diberi

Kami tidak persiakan

Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan

 

Bahawasanya kami

Guru-guru negara Malaysia

Dengan ini berikrar

Mendukung terus cita-cita kami

Terhadap tugas kami,

 

Dan menyatakan keyakinan kami

Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti kepada masyarakat

Dan negara kami

Kami sentiasa menjunjung

Perlembagaan Negara.

Pencipta Lagu:

Penulis Lirik:

Pencipta:

 

AKU SEORANG CIKGU:  24 JUN 2021.

Assalamualaikum warohmatullahhiwabarokatuh. Hari ni ialah 24 Jun 2021 bersamaan 13 Zulkaedah 1442 Hijrah. Hujung tahun ni genap 25 tahun aku berkhidmat sebagai seorang cikgu  di beberapa buah sekolah rendah sekitar Batu Pahat.  Selepas Zohor aku terpanggil untuk mengemas fail-fail peribadi termasuklah fail-fail perkhidmatan perguruan yang aku letakkan di stor. Aku bercadang hendak melupuskan semua fail tersebut.  Isteri aku mencadangkan supaya masukkan sahaja dokumen-dokumen yang penting ke dalam Blog peribadi sebagai bahan perkongsian. Aku setuju dan mula memilih dokumen-dokumen yang sesuai untuk dimuat turun ke dalam Blog MYKISSHAR.

1.       SAMBUTAN KEMERDEKAAN SEKOLAH

Tema:

Sayangi Malaysiaku, Malaysiaku Bersih.

Anjuran:

Unit Kokurikulum & Jawatan kuasa PIBG, Panitia Sejarah, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Pendidikan Muzik, Panitia Pendidikan Moral, Panitia Pendidikan Seni Visual.

 

Jawatankuasa Utama:

Pengerusi, T.Pengerusi, N.Pengerusi, dan Penyelaras.

Jawatankuasa Kerja:

Penyambut tetamu, Bacaan Doa, Pengacara Majlis, Buku Program, Jamuan VIP, Persiapan Tempat, Jamuan guru-guru, Jamuan murid-murid, Persembahan murid-murid, Istiadat perarakan bendera, Hadiah/Cenderahati, Siaraya, Lafaz Ikrar, Gimik pelancaran, Kain rentang, Kawalan murid, dan Dokumentasi dan Laporan.

Jemputan:

PPD Batu Pahat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Batu Pahat, Balai Polis Sri Gading, Jabatan Pengangkutan Jalan Batu Pahat, Ketua Kampung Sri Gading, Imam Masjid Sri Gading, SJKC Chong Hwa Sri Gading dan SJKT Ladang Sri Gading.

Cadangan Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan

Panitia

Tempat

Perincian

Cadangan Tarikh

        1. Kuiz Hari Kebangsaan.

Sejarah

Anjung Rahmat

Unit Uniform

 

        2. Sambutan Peringkat Sekolah:

Perhimpunan

Deklamasi sajak

Pelbagai Persembahan

Urusetia sambutan

Dataran Setia Bakti

Semua murid dan guru

 

        3. Pertandingan Mewarna

PSV

Bilik Darjah

Tahap 1 dan 2

Pra sekolah

 

 

        4. Hias Kelas & Sudut Merdeka

Sejarah & RBT

Bilik Darjah

Semua murid

 

        5. Tayangan Video

Sejarah

Bilik Darjah

Waktu Pdpc

 

        6. Nyanyian Patriotik

Muzik

Anjung Rahmat

Waktu perhimpunan, semua murid dan semua guru

 

        7. Pakaian Tradisional

PSV

Anjung Rahmat

Tahap 1

 

         8. Senamrobik Merdeka

PJ

Padang

Tahap 2

 

         9. Teka Silang Kata

BM & Sejarah

Bilik Darjah

Tahun 3, 4 dan 5

 

     10. Kibar Jalur Gemilang

P.Moral

Keliling sekolah

Semua warga sekolah

 

     11. Perhimpuan dan Majlis Penutup

Urusetia Sambutan

Kantin

Penyampaian hadiah-hadiah

 

Tentatif Program

Aturcara Majlis

7.15 pagi

Para jemputan mula hadir.

7.45 pagi

Majlis bermula:

-Bacaan Doa

-Nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku

-Lafaz Ikrar

-Ucapan Guru Besar

-Ucapan Perasmi

-Istiadat daripada unit uniform

-Majlis jalinan Muhibbah

-Nyanyian lagu patriotik:

a. Tanggal 31

b. Malaysia Berjaya

c. Jalur Gemilang

10.30 pagi

Majlis bersurai.

 

JAKARTA-BANDONG-JAKARTA

Senai - Jakarta Jakarta - Bandong ( Woosh)