Monday, August 16, 2021

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
AUDIO-TEXT
PENILAIAN BILIK DARJAH SECARA UMUM  
















Sunday, July 11, 2021

 

6. AKU SEORANG CIKGU:  11 JULAI 2021.

KOKURIKULUM: “KESIHATAN, KECERGASAN DAN KECERDASAN ADALAH 1 CARA HIDUP”.

Hari ni aku nak cerita pasal kokurikulum yang merangkumi sukan permainan, sukan acara balapan dan padang serta pasukan unit beruniform. Bidang permainan dan sukan padang telah sedia wujud semenjak zaman pre-merdeka lagi yang mana pada mulanya sebagai aktiviti kecergasan dan kecerdasan pada masa lapang dan kemudian dijadikan pertandingan-pertandingan untuk memeriahkan suasana. Pasukan unit uniform pula wujud sebagai pertolongan sewaktu bencana, kecemasan dan keselamatan. Sebagai contoh, permainan bola sepak pertama kali dimainkan semenjak pertengahan abad ke-19 di England. Malahan, Sukan Olimpik bermula pada 1896 yang diadakan setiap empat tahun kecuali sewaktu Perang Dunia. Kepentingan 3 pecahan bidang kokurikulum ini sangat penting dan wujud di setiap sekolah rendah mahupun menengah, kolej-kolej, universiti-universiti dan dalam kebanyakan jabatan swasta dan kerajaan. Seawal sekolah rendah, murid-murid perlu mempelajarinya daripada guru-guru yang bertauliah dan mahir.  Pertama, tujuannya ialah untuk memilih murid-murid yang mahu dan berbakat untuk menerajui pasukan sekolah, membuat persembahan dan mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan. Kedua, memberi semua murid ilmu dan pendedahan tentang sukan seperti 1M1S. Kewujudan 1M1S adalah kerana dominasi murid-murid Rohaz1 dan kekurangan aspek intelek dalam pengurusan sukan. Kebanyakan murid-murid Rohaz1 hanya menumpukan kepada bermain sahaja dan tidak cuba mengaplikasikan skills permainan yang hebat kepada waris-waris akan datang atau kerana ilmu Sains Sukan masih belum berkembang di Malaysia.

Berikut adalah contoh ‘ELEMEN-ELEMEN TENAGA PENGAJAR’ (EPET) yang saya perincikan berdasarkan pengalaman, pemerhatian, catatan dan info media elektronik mahupun catatan di media massa. Elemen-elemen dalam kumpulan Rohaz di bawah adalah juga sama yang ada pada murid-murid yang sering mengepalai sukan permainan, sukan acara balapan dan padang serta pasukan unit beruniform.


EPET

Kod & Perincian 

Rohaz 1

F1, T1, C1, Cd2, B1, MP3-4, ME1, D3, SM1 dan KD1

Rohaz 2

F1, T2, C2, Cd1, B1, MP2, ME2, D1, SM3 dan KD2

Rohaz 3

F2, T2, C2, Cd2, B2, MP2, ME3, D3, SM4 dan KD3

Rohaz 4

F3, T3, C3, Cd3, B2, MP2, ME3, D2 dan K3

Rohaz 5

F3, T3, C1, Cd1, B1, MP1, ME1, D2 dan K4

Rohaz 6

F4, T3, C3, Cd2, B4, MP2, ME4, D2 dan K5

Indikator

F-Fizikal, T-Tulang, C-Cergas, Cerdas, Bakat, MPelajaran, Minat Ekstrim, Disiplin,  Suka Mengamuk, Suka Bersosial dan Kekuatan Diri.


Rohaz 1 adalah dalam kalangan guru yang memang ringan tulang, rajin dan sentiasa menawarkan diri untuk menjayakan bidang ini dengan sedikit peruntukan yang disediakan. Aspek-aspek lain dan pengurusan masa biasanya terabai kerana kekangan masa dan kepenatan. Hampir semua guru dan masyarakat memperakui bahawa bidang kokurikulum memang banyak mengorbankan masa di sekolah. Rohaz 1 sangat berminat dalam bidang ini kerana bakat yang terserlah semenjak zaman sekolah, kolej dan universiti. Bidang akademik mereka agak kurang tetapi sesetengahnya melepasi zon selesa kerana bantuan rakan-rakan dan guru-guru. Mereka mempunyai ramai kawan yang seangkatan dan biasanya guru-guru lelaki berada dalam kelompok Rohaz1.

Rohaz2 adalah guru-guru yang fleksibel atau ‘easy-going’, juga mempunyai banyak bakat yang terserlah namun sering melihat kepentingan sesuatu tugas. Suka memberi laluan kerana banyak alternatif dalam mempelbagaikan minat dan menyerlahkan keupayaan diri. Selalunya berada dalam kelompok Rohaz 1 kerana berani bersaing namun kecemerlangan sering mendapat tentangan hebat daripada Rohaz1. Keekstriman hanya kadang-kala sahaja wujud. Sering menolong untuk menggantikan tempat Rohaz1 atas arahan pentadbir dan kadang kala sebaliknya. Pada kebiasaannya, Rohaz2 mewujudkan sedikit alasan untuk tidak memaksimumkan diri dan berada jauh daripada kelompok Rohaz1.

Rohaz3 adalah kelompok guru yang suka menolong kerana ada sifat untuk mempelbagaikan tugas dan biasanya disenangi oleh Rohaz1. Keinginan untuk cemerlang dalam sukan ada dan sering berupaya memaksimum tugas dengan pertolongan Rohaz 1 dan Rohaz2. 

Rohaz 4, Rohaz 5 dan Rohaz 6 tidak cemerlang dalam bidang kokurikulum kerana kecergasan memungkinkan kecederaan. Mereka ada minat, suka belajar dan suka membimbing murid-murid dengan ilmu yang ada. Mereka penting dan perlu dalam bidang-bidang yang memerlukan kesabaran, tiada sifat ekstrim, tidak cepat marah, lemah lembut, ringan tulang dan sabar. Mereka ini mengaplikasi daya intelek dengan baik dan sering wujud di belakang tabir.  Kewujudan mereka adalah penyeri dan merupakan pelengkap dalam sesuatu organisasi. 

Cerita sikit pasal penyertaan aku dalam bidang kokurikulum.  Bukan menunjuk atau ada niat lain, Lagipun aku taklah secemerlang rakan-rakan sukan yang lain. Cuma kenangan masa sekolah sangat indah (terlalu Indah) dan perlu aku muatkan di sini supaya tidak lupa terus. Aku dan rakan-rakan memang banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti kukrikulum dan juga kokurikulum. Datanya entah mana, hanya ingat-ingat sahaja. Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang memberi pengalaman dan memilih aku serta kawan-kawan untuk memeriahkan aktiviti-aktiviti dalam plan startegik sekolah. Cuba teka aku dalam kelompok mana?

 

KO-KURIKULUM

 

PERINGKAT

 

PERMAINAN

 

OLAHRAGA

UNIT UNIFORM & PERSATUAN

 

CATATAN

 

SEKOLAH RENDAH: SK SERI BINJAI, TONGKANG PECHAH, BATU PAHAT(Pra-Tahun 6:1978-1984)

Rumah Sukan

Merah

 

100m, 200m, 4x100m dan  4x400m

Pengakap

*Mengambil bahagian pelbagai aktiviti sekolah.

*Perlawanan persahabatan Pasukan Hoki sekolah:

SK Bandar

SK Limpoon 2

SMK TIGS.

*Perkhemahan sekolah.

*Hujung Tahun 6-Rombomgan 1 bas ke Kuala Lumpur. Lawat Angkasapuri, RTM, KTM, Nasjid Negara dan Pusat Islam. Singgah Bandar Hilir Melaka.

Sekolah

Bola sepak

(Ke-2 kumpulan)-SK Parit Bilal, Hoki(N.Johan)-SMK High School, Badminton

(Pusingan 2)-Dewan JUbli Intan dan S.Takraw(Ke-2 kumpulan)-SK Bindu

100m, 200m dan 4x100m-SK Parit Bilal

 

 

Daerah

4 orang senarai akhir dan  seorang berjaya (Fauzi Bin Hussin)

 

 

Negeri

Fauzi Bin Hussin 

 

 

Kebangsaan

 

Fauzi Bin Hussin (Tidak dapat kebenaran penjaga)

 

 

NAMA-NAMA CEMERLANG SUKAN YANG AKU INGAT: 

Tahun 6: Timik , Pidi dan Awang  – Senior: Umar, Hassan, Hussin. Isa dan Umo Putih.

Tahun 5: Zai, Aku, Aris, Piee, Ishak, Jamal, Ajip, Fauzi, Pawzi dan Ronzi *Sampai Tahun 6

Tahun 4: Arip, Mamat * Sampai tahun 6.

SEKOLAH MENENGAH: SMK TONGKANG PECHAH, BATU 7, BATU PAHAT(T1-T2:1985-1986

Rumah Sukan

Merah

-

100m  4x100m 

PBSM

 

Sekolah

Bola sepak

(Ke-2 kumpulan)-SMK Tongkang Pechah @ SMK Putra

 

-

-

 

SEKOLAH MENENGAH TUN ISMAIL, PARIT RAJA, BATU PAHAT(T3-T4:1987-1988)

Rumah Sukan

Merah

-

-

PBSM

 

Sekolah

-

-

Syarahan bawah Panitia Agama Islam-SMK Tun Aminah (Ke-4)

 

SMK DATO’BENTARA LUAR, BATU PAHAT-(T5:1989)

Rumah Sukan

Merah

-

-

-

 

SEKOLAH MENENGAH PERGERAKAN (SWASTA), BATU PAHAT(T5-Ulang:1990)

Rumah Sukan  

Merah

-

-

-

 

SEKOLAH MENENGAH MUNSHI SULAIMAN, BATU PAHAT(T6:1991-1992)

Rumah Sukan

Merah

 

 

PBSM

Bola sepak antara 2 kelas Tingkatan 6

SHARP ROXY, BATU PAHAT, JOHOR-11 bulan

Bermain untuk Parts Control Department

*Pemain berbakat dan hebat untuk Sharp: Anand dan Zamry.

Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang(2 ½ tahun:1994-1996-Sijil)

Unit PM3

MPTAA

Badminton-Naib Johan Perseorangan

 

*Kalah dengan Pensyarah- En.Mat

-

Tukar PBSM ke Pengakap

Mengambil bahagian pelbagai aktiviti unit

Maktab

Badminton-N-2

(Zon Tengah di MP Kota Baharu)

Hoki-N-2

(Zon Tengah di MP Batu Rakit)

-

Pengakap- Manik

Kayu 3

 

Tugas Manik Kayu 4 selepas graduate

Mengambil bahagian pelbagai aktiviti Unit PM3  

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA & UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA-Ijazah

Fakulti Pendidikan

-

-

-

 

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, JOHOR BAHRU-Master

Fakulti Pendidikan

-

-

-

Bersenam di padang UTM  bersama isteri.

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, GOMBAK, SELANGOR-PHD

Fakulti Pendidikan

-

-

-

Masih belajar

 Namun apa yang pasti ialah kombinasi semua Rohaz sangat memberi impak di zaman Sains & Teknologi kini untuk mendepani perubahan zaman. Zaman hanya bermain sahaja dan orang lain belajar mesti perlu ditinggalkan. Mari bergerak seiring dan bersama-sama mendepani cabaran masa depan.  Elemen-elemen yang boleh memusnahkan diri dan kerjaya perlu dielakkan. Keseimbangan dalam akademik dan kokurikulum perlu untuk menolong generasi akan datang kekal cemerlang. Kekangan-kekangan yang dihadapi pada zaman lalu tidak boleh lagi dijadikan alasan untuk tidak membimbing anak-anak menjadi lebih baik pada masa sekarang dan masa depan.

JIKA ANDA CEMERLANG, PASTIKAN GENERASI ANDA JUGA CEMERLANG, PINTASAN ADALAH  MATLAMAT SEMUA ORANG. SIAPA? MENGAPA? DAN BAGAIMANA? JAWAPANNYA IALAH PERTAHANKAN DAN BUKAN SEKADAR KENANGAN MASA LAMPAU. JIKA KALAH, TERIMA DENGAN HATI TERBUKA DAN BANGKIT UNTUK TERUS MENGEJAR KECEMERLANGAN”.

Apa sepatutnya saya buat? Bagi mereka ilmu, pengalaman dan jika mereka cemerlang, mengapa tidak untuk menobatkan mereka dengan gelaran itu. Apa yang penting ialah fokus terhadap sesuatu bidang disamping mempelbagaikan kemahiran dengan meningkatkan keintelektualan dari masa ke semasa. Malah, bidang ko-kurikulum telahpun menjanjikan peluang kerjaya yang lumayan pada masa sekarang sama ada dalam aspek pengurusan sukan atau terus-terusan mempamer kehebatan sebagai pencorak watak kerana ‘KESIHATAN, KECERGASAN DAN KECERDASAN ADALAH 1 CARA HIDUP”. 

 

Tuesday, June 29, 2021

  

5. AKU SEORANG CIKGU:  29 JUN 2021.

Pengayaan Bahasa Melayu juga diakronimkan menjadi HOTs atau KBAT. Objektif utamanya ialah memberi latihan, info dan aktiviti tambahan yang melepasi zon pemikiran murid-murid arus perdana. Murid-murid ini selalunya dapat menyiapkan tugasan atau latihan dengan cepat. Jadi, cara untuk mengawal dan terus-terusan membimbing mereka ialah dengan memberi pengayaan. Selain itu, guru-guru juga sering memberi ruang untuk mereka melakukan aktiviti sendiri yang mereka gemari seperti melukis, mewarna, membaca buku-buku cerita dan menyiapkan tugasan-tugasan lain. Kerap juga saya meminta murid-murid ini membimbing rakan-rakan sekelas yang belum selesai tugasan semasa supaya ada rasa kekitaan antara mereka. Mereka seronok dan pemupukan sifat menolong berlaku.

Jadi, hari ni saya masukkan satu slaid pengayaan yang saya buat dalam bentuk Power Point. Cerita sikit pasal Microsoft Power Point. Saya belajar sikit-sikit tentang Power Point ni pada tahun 2001. Kemudian, apabila ETeMS atau PPSMI diperkenalkan pada tahun 2003 oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad, saya mula serius mempelajarinya.


Alamak, ETeMS Best! Cadangan Tun Dr.Mahathir dipersetujui dan kerajaan melalui KPM di bawah Dato' Sri Hishamuddin Tun Hussein Onn memperuntukan sejumlah wang dan prasarana untuk merealisasikannya. Ramai guru terlibat dan dihantar berkursus untuk memperkasakan Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris seawal Darjah 1. Seronok berkursus, berkohot-kohot, kenyang makan sampai 5X. Selain di sekolah-sekolah, full-immersion(final stage) di hotel-hotel sama ada dalam negeri atau luar negeri seperti di Melaka dan Kuala Lumpur. Hari-hari power point, hyperlinks, downloads, modules, cut and paste, impromptu presentations, and group presentations.  Hi........hi.......hi........Gelak betul sebab hari-hari cakap Melayu dan sekarang semua kena cakap Bahasa Inggeris. Slang Jawa ada, slang Banjar ada, slang Tamil ada dan slang Mandarin pun ada. Memang kelakar. Belajar dan saling bekerjasama untuk mengimplementasikan hasrat kerajaan.  "Malam, awak dibenarkan beraktiviti atau membeli-belah di Banadar Melaka, tapi sesekali cikgu-cikgu akan ada schedule untuk malam ya", ketua Moderator menyampaiakan maklumat selepas habis sesi petang.



 4. AKU SEORANG CIKGU:  28 JUN 2021.
Hari ni aku nak tulis tentang pengalaman mengajar secara sepintas lalu aje. Sepanjang hampir 25 tahun mengajar di  sekolah rendah, mata pelajaran yang paling banyak aku ajar ialah Bahasa  Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik. 
Jap, aku cerita sikit pengalaman belajar ya. Pengkhususan aku di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan(MPTAA-1996  ialah Bahasa Melayu. Kami juga belajar elektif Matematik dan IT. Kawan-kawan banyak yang cakap aku antara pelajar cemerlang akademik(Bukan mata pelajaran Sains yang teruk kena hafal) tapi semester 2 pointer aku jatuh. Banyak sangat main agaknya. So, takde rezeki nak dapat title tu. Hanya 2-3 orang aje yang dapat title tu. 
Aku keluar bekerja, mengajar di sekolah-sekolah. Banyak kali nak sambung belajar PJJ tapi banyak sangat kekangan. Adik-adik aku semua dah ada Ijazah. Adik lelaki aku kata, “Sambung aje a.ha”.  Kemudian aku sambung pelajaran Ijazah Pertama di bawah KPM-OUM(Ala-ala twin program) di Maktab Perguruan Batu Pahat dan OUM Batu Pahat pada hujung minggu. Pengkhususan aku masih sama iaitu Bahasa Melayu. Dua mata pelajaran minor yang aku khususkan ialah Bahasa Inggeris sekolah rendah dan Matematik sekolah rendah. Masa buat Ijazah pertama ni aku memang yakin  boleh dapat CGPA 4.0. kerana semua tugasan aku buat dan masa exam aku boleh jawab. Tapi, rezeki bukan untuk aku lagi. Aku positif dan suka buat yang terbaik untuk perkara yang aku minat. Takde masalah. Lagipun baru berumah tangga.
Balik semula tugas mengajar di sekolah. Aku tak pernah mengajar Bahasa Melayu Tahun 6 kerana ramai cikgu perempuan mendominasi Tahap Dua. Mereka semua rajin-rajin dan garang. Macam ibu mengajar anak yang malas.  Jadi aku ok sahaja dan mengajar Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) hingga sekarang dan pernah sekali atau dua kali mengajar Tahun 4. Cerita sikit, Bahasa Inggeris semua aku dah sapu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Sambil mengajar aku improvekan bahasa ni. Ok. Mata pelajaran Matematik hanya Tahap 1 sahaja. Aku ok sahaja. Janji laksanakan tanggungjawab.

Berbalik kepada pengalaman mengajar Bahasa Melayu sekolah rendah terutamanya Tahap 1. Tugas-tugas guru Tahap 1 tak semudah guru-guru Tahap 2. Apa alasannya? Ini jawapannya. Lebih separuh murid-murid tak pandai membaca, tulisan hancur(macam cakar ayam), ada pegang penselpun masih tak betul, ada yang huruf besar dan huruf kecil ABCpun masih tak lengkap, buku kerap takde, tak bawak, hilang, bau belacan, dsb. Itu belum kira karenah murid yang selalu tak datang sekolah dan macam-macam lagi. Semua guru kelas dan guru mata pelajaran kena buat dari A hingga Z. Ada beza atau takde beza? Banyakkan? Ini bukan pasal klik-klik aje tau. Ini pasal macam mana nak pastikan murid-murid boleh menguasai semua di atas kerana tu semua asas. Lagi-lagi aku cikgu lelaki. Memang dia orang tau, aku ni kasar sikit. Tapi, aku ok lagi……ok sahaja. Aku tak suka lari tanggungjawab.

Dalam Bahasa Melayu Tahap 1 juga ada aspek penekanan iaitu pengayaan, pemulihan dan arus perdana. Pengayaan untuk murid-murid cepat dan pemulihan untuk untuk murid-murid yang pelbagai masalah.  Aku jarang bersuara tapi cuba fikir….kalau masalah di atas tak boleh dikuasai, apa yang murid-murid tu boleh buat? Mereka perlu banyak latihan dan sokongan. Tak gitu? Jadi, berhati-hati sebab kadang-kadang yang ok sahaja tu paling bahaya.

Dalam pada tu aku kena juga mengajar macam-macam mata pelajaran yang aku kena study dulu. Dalam 5 tahun ni, subjek core aku hanya Bahasa Melayu, 1 kelas sahaja. Cuba imagine? Dah belum?

Kelas Bahasa Melayu aku ialah 2 Cerdas. Ada 5-6 orang murid pemulihan dengan seorang guru pemulihan khusus. Sebagai guru Bahasa Melayu, kadang-kadang aku buat juga lembaran  kerja tambahan untuk murid-murid ni.  Aku ambil buku tulisan Roslan Nikmat (Selan Osni) terbitan Fargoes dan beberapa buku rujukan lain untuk sesuaikan dengan gaya tulisan aku untuk membimbing mereka.







JAKARTA-BANDONG-JAKARTA

Senai - Jakarta Jakarta - Bandong ( Woosh)