RAMADHAN & RIANG RIA AIDILFITRI

SESEKALI BEGINI: Tetapan masa telah ada. Berjumpa setelah detik-detik masa sebelumnya penuh dengan pelbagai agenda memang menimbulkan keriangan. Malahan, sewaktu bergembira, ingatan kepada insan-insan yang telah tiada tetap menjadi keutamaan dan doa diiring tanda kesyukuran.  Sanak-saudara juga gembira dan mencari ruang untuk bersua. Dikala ini, ada ketawa kerana kisah dulu-dulu, masa kecil hingga dewasa, sayu pilu dan menitislah air mata dek kerana cabaran, tohmahan, ejekan dan macam-macam lagilah. Ah, rencam dunia yang biasa jika telah kecapi sebahagian daripada nikmat Allah s.w.t.! Jadikan masa lampau sebagai pengajaran kerana semuanya adalah ilmu berguna untuk SEKARANG dan  hari-hari depan. Jom beraya atas dasar MENGERAT SILATURRAHIM BERSAMA-SAMA. 

RIANG RIA AIDILFITRI 2026/2027



ROMADHAN 2026/2027
1. Macam-macam 

         

     



 


 



Syukur ke hadrat Ilahi,  pelbagai inisiatif bantuan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk  meringankan beban rakyat, terutamanya golongan asnaf dan B40 sehingga Ramadan 2026 ini. .Berikut adalah antara bantuan yang  berjaya dikesan: 
BANTUAN TUNAI Rahmah & Sokongan Kewangan- Fasa 2: Pembayaran mula dikreditkan secara berperingkat mulai 10 Mac 2026. Sumbangan Asas Rahmah (SARA): Bantuan barangan asas bernilai RM100 secara "one-off" diberikan kepada penerima yang layak untuk persiapan Ramadan dan Aidilfitri. Program Nur Ramadan (Kuala Lumpur): Pemberian bantuan tunai RM200 beserta cenderamata kepada penerima di parlimen-parlimen terpilih seperti Seputeh, Cheras, dan Bukit Bintang melalui inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
PENJAWAT AWAM: Bantuan Khas Penjawat Awam (Johor): Kerajaan Negeri Johor mengumumkan bantuan khas sebulan gaji sempena Aidilfitri untuk penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak.
BANTUAN PERINGKAT NEGERI & ZAKAT: : Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM13.7 juta untuk membantu asnaf fakir, miskin, dan mualaf. Selain itu, bantuan zakat/fidyah turut diagihkan di peringkat DUN seperti di Tanjung BidaraWilayah Persekutuan: PPZ-MAIWP memperkenalkan Kempen Ramadan 2026 dengan kerjasama rakan strategik untuk mengimarahkan ibadah dan membantu golongan memerlukan. peruntukkan RM12.5 juta bagi menyantuni rakyat melalui pelbagai program kebajikan di bawah Belanjawan Johor 2026.
INISIATIF HARGA & BARANGAN: Jualan Rahmah MADANI: Program jualan barangan keperluan pada harga lebih rendah diteruskan di lokasi-lokasi strategik bagi membantu rakyat berjimat sepanjang bulan puasa.



R0MADHAN 2025/2026:



R0MADHAN & AIDILFITRI 2023/2024



ROMADHAN & AIDILFITRI GATHERING-2022.



















Comments

Popular Posts