Thursday, May 25, 2023

RAMADHAN & RIANG RIA AIDILFITRI

SESEKALI BEGINI: Tetapan masa telah ada. Berjumpa setelah detik-detik masa sebelumnya penuh dengan pelbagai agenda memang menimbulkan keriangan. Malahan, sewaktu bergembira, ingatan kepada insan-insan yang telah tiada tetap menjadi keutamaan dan doa diiring tanda kesyukuran.  Sanak-saudara juga gembira dan mencari ruang untuk bersua. Dikala ini, ada ketawa kerana kisah dulu-dulu, masa kecil hingga dewasa, sayu pilu dan menitislah air mata dek kerana cabaran, tohmahan, ejekan dan macam-macam lagilah. Ah, rencam dunia yang biasa jika telah kecapi sebahagian daripada nikmat Allah s.w.t.! Jadikan masa lampau sebagai pengajaran kerana semuanya adalah ilmu berguna untuk SEKARANG dan  hari-hari depan. Jom beraya atas dasar MENGERAT SILATURRAHIM BERSAMA-SAMA. 

RIANG RIA AIDILFITRI 2026/2027
 
   





ROMADHAN 2026/2027

          


1. Macam-macam 

         

     



 


 
Syukur ke hadrat Ilahi,  pelbagai inisiatif bantuan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk  meringankan beban rakyat, terutamanya golongan asnaf dan B40 sehingga Ramadan 2026 ini. .Berikut adalah antara bantuan yang  berjaya dikesan: 
BANTUAN TUNAI Rahmah & Sokongan Kewangan- Fasa 2: Pembayaran mula dikreditkan secara berperingkat mulai 10 Mac 2026. Sumbangan Asas Rahmah (SARA): Bantuan barangan asas bernilai RM100 secara "one-off" diberikan kepada penerima yang layak untuk persiapan Ramadan dan Aidilfitri. Program Nur Ramadan (Kuala Lumpur): Pemberian bantuan tunai RM200 beserta cenderamata kepada penerima di parlimen-parlimen terpilih seperti Seputeh, Cheras, dan Bukit Bintang melalui inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
PENJAWAT AWAM: Bantuan Khas Penjawat Awam (Johor): Kerajaan Negeri Johor mengumumkan bantuan khas sebulan gaji sempena Aidilfitri untuk penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak.BANTUAN PERINGKAT NEGERI & ZAKAT: : Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM13.7 juta untuk membantu asnaf fakir, miskin, dan mualaf. Selain itu, bantuan zakat/fidyah turut diagihkan di peringkat DUN seperti di Tanjung BidaraWilayah Persekutuan: PPZ-MAIWP memperkenalkan Kempen Ramadan 2026 dengan kerjasama rakan strategik untuk mengimarahkan ibadah dan membantu golongan memerlukan. peruntukkan RM12.5 juta bagi menyantuni rakyat melalui pelbagai program kebajikan di bawah Belanjawan Johor 2026.INISIATIF HARGA & BARANGAN: Jualan Rahmah MADANI: Program jualan barangan keperluan pada harga lebih rendah diteruskan di lokasi-lokasi strategik bagi membantu rakyat berjimat sepanjang bulan puasa.




































 
  





R0MADHAN & AIDILFITRI 2024/2025




















R0MADHAN & AIDILFITRI 2023/2024




ROMADHAN & AIDILFITRI GATHERING-2022.



















Tuesday, January 10, 2023

KL LAGI.

CUTI 3 MINGGU 9.12.22 - 31.12.22
MINGGU 1:
Rehat kat rumah sahaja sebab abang Din (abang tiri) aku mengadakan majlis walimatulurus untuk anak lelaki sulungnya. Semua ahli keluarga balik termasuk adik beradik kandung aku. Memang meriah dan kami seperti biasa meringankan tulang untuk menyempurnakan majlis tersebut.
MINGGU 2: 
Banyak perkara nak settle sebab hujung tahun 2022. Contohnya, roadtax  kereta, cat kereta, repair rumah, settle dan kemas kini file life insurans rakan-rakan dan macam-macam lagi. 
Agak-agak rasa lapang aje, akupun mula KENYIT MATA dengan isteri dan kata 'jom' round KL lepas hantar Afiq. Afiq anak sedara yg agak lain sikit. Afiq suka melayan sedara di kampung. Abang Din suka tengok gelagat Afiq.  Walaupun masih kecil dan keanak-anakan tapi naluri dan pemikirannya agak keibuan.
Sesekali,  bila tengok dia MENGAMUK apabila kena usik dengan abang dan kakaknya, alamak.........boleh loss control anak kecil buah hati aku ni. Sama seperti yang lain jugak, aku semampunya melayan karenah mereka. 
Dalam perjalanan ke Semenyih, aku singgah kejap tengok bapa mertua Uji yang kurang sihat kat rumah iparnya di Seremban. Pak cik Hussin dan arwah isterinya sangat baik dan peramah orangnya. Selalu nak belanja makan itu dan ini kalau aku dan isteri singgah rumah kat Kucai Lama. Jadi, bila lama tak tengok wajahnya, terasa rindu. Alhandulillah, masih sihat. Kesan daripada jatuh menyebabkan kakinya cedera dan mengalami simptom lupa-lupa ingat. Kami borak-borak dengan keluarga ipar Uji lebih kurang 1 jam dan bergegas memandu semula. 
"Dah sampai Semenyih, bangun. Mama rindu kau tu," aku suruh isteri kejut Afiq yang nampak  kepenatan. Selamba aje dia. "Assalamualaikum, mama....," suara jeritan Afiq. 
Dengan gopoh-gapah Afiq masuk rumah dan melabuhkan badannya atas sofa. Aiman dan Husna keluar bilik dan menyakat Afiq sambil senyum  panjang(rindulah tu). Amani si kecil molek memang kuat celoteh. Aku semakin senang  tengok gelagatnya sebab kecik-kecik dulu dia tak suka tengok aku. Bila aku kacau sikit je, terus jerit kuat-kuat. 
"Oklah,  uncle nak rehat, petang karang baru makan," aku bagitahu mama Afiq(Uji) yang tak sabar-sabar ajak makan bersama. 
Borak-borak sambil makan, banyak berkisar tentang cara mengendalikan rutin harian anak-anak. Isteri aku pulak, seronok mendengar Uji bercerita. 
Petangnya kami 'window shopping' di  AEON BIG Semenyih dan malamnya berehat saje sambil menonton tv.
Esoknya selepas sarapan, borak sikit2 dan memberi perangsang kepada anak-anak saudara, akupun 'chow' ke Puchong, rumah sewa adik bongsuku.
Betul-betul tengah hari aku sampai. "Hai, untie!"anak saudaraku Iman yang agak jambu dan kuat celoteh menyapa di hadapan pintu.  "Unclelah, untie pulak,"aku masuk dan terus rehatkan badan. Hidangan ringan dah siap atas
 meja. "Adussss.........macam mana perut aku tak buncit." 
"A.ha dan k.ita nak pergi mana malam ni? Jom, jalan-jalan Bukit Bintang dan Putrajaya. Nanti adik ajak Sharul drive.  Sebelum tu.............., cari gerai untuk makan malam kat kawasan sekitarnya," adik bongsuku  mengajak. 
Kawasan Bukit Bintang terang-benderang, sesak dan jem. Ramai penganut Kristian berpusu-pusu ke situ  nak menyambut Krismas bersama keluarga dan sahabat handai mereka.
Putrajaya pulak memang tersusun dan sangat cantik pada waktu malam.

Dulu, aku dan isteri datang waktu siang. Rasa-rasanya, kali ketiga kami ke sini.  Pembukaan kawasan baru PENTADBIRAN KERAJAAN dan penempatan berkelompok secara terancang adalah 1 keputusan tepat kerajaan menghabiskan berbilion-bilion ringgit wang rakyat untuk memajukan kawasan ini. 
Kami ronda-ronda menaiki kereta,
jalan-jalan dan berehat di DATARAN
 PUTRAJAYA yang juga sesak dengan
 pengunjung. 

Jam 12.15 tengah malam kami dah berehat di rumah. 
 Esoknya, aku dan isteri merancang untuk window shopping di KLCC,  jalan-jalan di kawasan  sekitarnya dengan  check-in hotel di kawasan Chow-Kit 1 @ 2 hari.  
"Ya, nasi kandar KL branches Penang sedap tapi harganya mahal sangat," teringat ayat adik ipar aku Sharul. 
Bandar lama KL kawasan Chow Kit tak banyak tarikan namun landskap sekitarnya mampu menarik pengunjung untuk menelusuri setiap inci kawasan hingga ke KLCC. Restoran2 dan pelbagai gerai makan  selera tempatan dan antarabangsa dengan dekorasi kontemporari dan semi tradisional mengentikan langkah perjalanan untuk membasahkan tekak. "Wah, best jugak round KL ni, 1 hari tak cukup," aku bersuara. 

Thursday, October 13, 2022

PENTING
PROGRAM-PROGRAM SEKOLAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ni aku nak kongsi tentang pelbagai program yang dijalankan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia terutamanya di sekolah KEBANGSAAN. Mengapa? Sebab zaman aku bersekolah sekitar 1978 - 1984, 1985 - 1989, 1990, 1991 - 1992 & 1994 - 1996 di MPTAA,  aku antara murid-murid atau pelajar-pelajar yang aktif  dan sering menjadi pilihan cikgu-cikgu untuk beraksi dalam pelbagai program akademik, sukan dan juga permainan. Selalunya sampai  ke peringkat zon ke MSSC aje. Susah nak lepas ke peringkat daerah sebab sekolah luar bandar selalunya kurang kemudahan dan budjet untuk menghantar ramai peserta meneruskan  latihan di bandar.

Apabila aku menjadi cikgu di  sekolah-sekolah naungan KPM,  program-program yang pernah aku dan rakan-rakan turut serta dulu masih segar dan mekar dimanisfestasikan dengan penyuntikan elemen-elemen moden di zaman teknologi kini. 

 Aku berpendapat bahawa, setelah hampir 26 tahun mengajar, pengalaman menjadi sebahagian daripada watak untuk memeriahkan pelbagai program perlu dikongsi. Malahan, ada juga aku sertakan  komen-komen membina dan luahan bapa ibu sama ada secara 'direct' atau dapatan  di media-media. Objektifnya ialah balik kepada falsapah pendidikan negara 'MELAHIRKAN INSAN SEIMBANG.'
Cuba bayangkan jika di setiap sekolah ada 10 mata pelajaran,  5 persatuan, 4 badan beruniform dan 6 jenis permainan yang kesemuanya ada pecahan peruntukan masing-masing. Namun, itu bukan matlamatnya kerana semua warga sekolah dan PIBG saling berganding untuk melengkapkan dana.
Mesti semua dapat meneka. Jom, sama-sama ke program-program.

PROGRAM PERLU:
Aku maknakan sebagai program wajib kerana mengambil kira pelbagai aspek seperti perpaduan dan  kerohanian. Biasanya mengambil masa 1 hari penuh. Program-programnya juga wujud sejak sekian lama. Semua bekerjasama, seronok dan meriah kerana sesekali keluar dari fokus akademik untuk bersosialisasi.

a. Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru China,       
    Deepavali dll dengan menjujuk dasar nisbah murid-murid.
b. Sambutan Hari Murid-murid/Pelajar-pelajar
c. Sambutan Hari Guru
d. Sambutan Hari/Bulan Kemerdekaan
e. Sambutan Hari Sukan Sekolah
f.  Sambutan Hari Kokurikulum (Hari Sukan Negara)
   1.Program Persatuan/Panitia    
       Berbentuk  Akademik (S1)
     2. Program Badan Uniform (S2)
     3. Program Sukan Permainan (S3)
g. Sambutan Bulan Ramadhan (Muslim)
h. Sambutan Maulidurrasul (Muslim)
i.  

PROGRAM SAMPINGAN:
Aku meletakkan  faktor budjet, masa dan keperluan sebagai sebab utama  program-program seperti ini.  Rangkuman setiap program biasanya mengambil masa 1 hari (dalam program perlu).  Contohnya, beberapa aktiviti program sambutan kemerdekaan, aktiviti-aktiviti program sukan negara dan program-program panitia yang lain.  Faktanya jelas, program-program dijalankan adalah mengikut   bidang-bidang sama ada berbentuk  akademik @ kokurikulum yang mempunyai  banyak pecahan-pecahannya serta boleh berbentuk gabung jalin atau penyerapan dalam mata pelajaran yang berkaitan.  Program-program seperti ini biasanya mengambil tempat pada:
a. Hari persekolahan (Kod: H1)
b. Lepas waktu sekolah (Kod: H2)
c. Program hujung minggu (Kod: H3)
d. Program cuti (Kod: H4)

PROGRAM GABUNGJALIN:
Apa makna program gabungjalin? Maknanya ialah menggabungkan pelbagai mata pelajaran dalam satu mata pelajaran utama yang saling berkaitan. Di sini, apa jua program sekolah sudah tentu untuk memberi input berguna bagi perkembangan murid-murid. Jadi, program-program yang tidak mengambil masa yang lama (30m-60m) boleh diselitkan sewaktu mengajar sesuatu mata pelajaran atau guru gabungjalinkan bersama-sama. Berikut ialah contoh-contoh programnya:
       a. Amalan Gaya Hidup Sihat(Panitia
           PJK-Mewarna)-H1
        b. Kem Bestari Solat(Panitia Agama
            Islam)-H1

PROGRAM PENYERAPAN:
Maknanya hampir sama dengan gabungjalin. Beza yang ini ialah isi-isi mata pelajaran lain boleh atau tidak merentas objektif pelajaran utama. Dalam aspek program, adakah isi mata pelajaran Bahasa Melayu bersangkut paut dengan isi mata pelajaran Pendidikan Islam. Jika jawapannya ya, maka objektif tercapai.  Jadi guru-guru boleh kaitkan apa juga maklumat subjek-subjek dalam program mata pelajaran Bahasa Melayu. Contohnya, kuiz mata pelajaran Bahasa Melayu bertajuk 'Pertanian & Penternakan  memasukkan hadis@ ayat Al-Quran mengenainya. Bagaimana kalian rasa? Semakin terperincikan?

LAIN-LAIN PROGRAM:
a. Hari Sukan Negara: 26.10.22 (7.30am - 12.30tgh)-H1
b. Hari Sukan Negara-S.Rakyat: 2. 11. 22 (8.00am - 12.00 tgh)-H1
c. Program Kesihatan (PJK): 3.11.22 (10am-12.30tgh)-H1
d. Program STEM: 21.11.22-23.11.22 -H1

KESAN KETARA:
1. Apabila terlalu banyak program seperti ini, murid-murid penat, masa ulang kaji dan buat kerja sekolah hampir sukar pecahannya,  banyak tajuk mata pelajaran utama akan terabai dan  tidak berjaya dihabiskan sehingga hujung tahun persekolahan. 
2. Sesi pembelajaran bersemuka yang MATLAMAT UTAMANYA membentuk murid-murid/pelajar-pelajar untuk mengeluarkan buah fikiran secara berhemah juga terbatas. 

3. Memang NYATA & TERBUKTI:
    a. Sebilangan murid dan mereka sahaja yang mendominasi aktiviti ko-akademik
     b. Sebilangan kecil sahaja yang BOLEH MENDOMINASI kedua-dua bidang(akademik & ko-akademik)
     c. Setiap murid ada KEKUATAN TERSENDIRI yang perlu bimbingan ayah, ibu dan guru-guru untuk menyerlahkan potensi mereka
      d. FOKUS kepada satu bidang sahaja sama ada akademik, sukan atau kemahiran-kemahiran tertentu dapat menjamin masa depan yang cemerlang.

4.  Murid yang tidak dapat bimbingan secukupnya akan  kurang input kecuali mereka sentiasa dipupuk  melalui strategi ' Proaktif Sedar Kendiri.'
5. Budjet bertambah walaupun peruntukan telah sedia ada. 
6. Dapat meyumbang kepada PERBELANJAAN KERAJAAN yang lain jika perbelanjaan berjaya dijimatkan.

CADANGAN:
1. Murid-murid buat aktiviti di rumah dan ada tempoh masa untuk menghantarnya. 
2. Satukan setiap program kecil dengan menjalankan setiap aktiviti secara serentak selama 1@2 hari. Pada akhir bulan, buat sambutan. 
Contoh: SAMBUTAN HARI KO-KURIKULUM SEKOLAH. 

Pada aku, objektif di atas boleh  dioptimakan jika semua program ada 'Plan Strategik' dan mengikut garis panduan yang tetap. Walaubagaimanapun, aspek fleksibeliti perlu dalam kitaran pertimbangan wajar. 

JALAN ATUR PELBAGAI PROGRAM & PELBAGAI PERSEDIAAN:
1. Tentunya kertas CADANGAN dengan pelbagai pengisian
2. Budjet 
3. Jika ada penaja, hanya tolong sahaja dengan penyediaan peralatan, tempat dan sebagainya. Sedikit penghargaan akan diterima.

APA MURID-MURID DAPAT?
1. Murid-murid dapat merasai SENDIRI pengalaman jika program-program menyediakan pelbagai aktiviti.
2. Mesti ada salah satu objektif di bawah atau kesemuanya



LAIN-LAIN CONTOH:
Kursus Asas Mentoring Aku

HARI 1:
Masa:
Tarikh:
JAP: Datang daftar

Masa:
Tarikh:
JAP: 1. Masuk dewan dan menonton sepintas lalu inti
2. Rehat-kopi
3. Draf: Pra - Masa - Penutup untuk semua

Masa:
Tarikh:
JAP:  Slot 1 apa & siapa?

Masa:
Tarikh:
JAP:  Slot 2 apa dan siapa?

Masa:
Tarikh:
JAP:  Makan tengah hari  & solat

Masa:
Tarikh:
JAP:  Slot 3 apa & siapa?

Masa:
Tarikh:
JAP:  Slot 4 apa & siapa?

Masa:
Tarikh:
JAP:  1. Kemuskilan & Jawapan
2. Penutup hari 1 & pulang.

HARI KE-2:
Masa:
Tarikh:
JAP:  Slot  1 apa & siapa?
TAJUK: Anda sihat  anda cerdas & cergas

Masa:
Tarikh:
JAP:  Slot 2 apa & siapa?
TAJUK: Kejurulatihan & Kepegawaian

Masa:
Tarikh:
JAP:  1. Slot 3 apa & siapa?
2. Pertandingan & aturan
3. Bertuahnya anda

Masa:
Tarikh:
JAP:  Rumusan program
1. Persoalan & Jawapan
2. Penutup & bersurai.

* Laporan program. 

Wednesday, October 12, 2022

11-12 RABIUL AWAL 1443-144H /8-9 OCT 2022

AGAIN TRAVEL TO EAST COAST OF MALAYSIA.
1-2 days school break was nothing for me but gave a lovely meaning. As usual, drove a 12 year old Persona car  and tried to find space for family gathering in Kuantan. My brother in law's family went to a new house and they held a small party (Kenduri Kesyukuran).  Even though, only parts of Ai came due to desperate of time. Forget of it and we chatted happily.  Late of night we rushed out for bed and tomorrow morning will again drive back to Johor. After breakfast and  said thank you, we drove around the area including a few numbers of famous cracker stalls and  Teluk Cempedak beach. 
Thank you very much for your GOOD CARE TO MY SISTER. May God bless the entire family. 






     


Tuesday, October 11, 2022

MAKLUMAT SEMASA KERAJAAN MALAYSIA


A. Budjet Malaysia:
     2022/2023:














1. Isu Perlu Perbincangaun/Debat:
      a. Retirement charges
      b. Bonus TAHUNAN telah tiada
      c.  Hak Perjawatan Rakyat
      d. Penetapan PERJAWATAN AWAM:            
 i. Berdasarkan  kelulusan
 ii.Peluang peningkatan selepas 10  tahun berkhidmat. 
 iii. 
      e.
      f.
      g.


B. Budjet Kakitangan Awam:
     1. 2025/2026
     A. SKIM SARAAN BARU: SSPA
          Kenaikan gaji semua penjawat            awam 15 > bermula Januari                  2025
     
      2. 2022/2023:
















C. Budjet Penting Untuk Rakyat:
     2022/2023:















D. Maklumat Terkini September 2022/2023:
  
1. Am: Dasar kerajaan dan kejayaan perlu  diperjelas, pastikan rakyat dapat maklumat tempat. PM Malaysia: YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob.

2. Budjet 2022/2023 akan diperinci dan diluluskan pada akhir tahun 2023. "Saya(Kerajaan) nak bagi macam-macam kepada rakyat," YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob - Berita Perdana:TV1-RTM-17.10.2022.

3. Pilihanraya Umum Malaysia ke 15. Pengumuman SPR: Tarikh mengundi 19 November 2022- Buletin Utama: TV3-20.10.2022. 



4. PEMBENTUKAN KERAJAAN PERPADUAN OLEH PENERAJU MENTERI-MENTERI: Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dilantik oleh Yang Dipertuan Agong Malaysia untuk memilih MENTERI-MENTERI kabinetnya bagi mewakili KERAJAAN MALASIA

5. Dibawah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim
5.1. Pastikan kesinambungan pemimpin lepas untuk terus majukan Malaysia
5.2. Rakyat adalah pemangkin keutuhan negara
5.3. Belanjawan Madani dibentang pada 25.2.23
5.4. Rahmah Oh Rahmah - Bermaksud: Semuanya perlu berpatutan dan jangan mengambil kesempatan. Contoh: Individu ini bergaji besar maka kenakan  harga mahal
E. Maklumat Lain
















6. JULAI 2023
6.1. Kerajaan menunaikan janji: Bantuan kewangan kepada semua rakyat Malaysia yang layak. 

Thursday, October 6, 2022

PENGAKAP MALAYSIA



 
Pergerakan Pengakap diasaskan oleh seorang bangsa Inggeris bernama Robert Stehenson Smyth Baden Powell atau BP. Beliau menggunakan pengalamannya semasa peperangan untuk menubuhkan pergerakan ini. Ahli-ahli pergerakan pengakap perlu belajar dan berlatih berkhemah,  memasak, memerhati, mengembara, bersampan(kenu, kayak, dsb), menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malam hari pula perlu membuat unggun api sebagai  kawalan kawasan sekitar dan berjaga malam. Ramai kanak-kanak dan orang dewasa  berasa pergerakan ini sangat memberi manfaat. Mereka secara sukarela terdorong untuk turut serta sebagai ahli. 
Kesannya,   pergerakan ini tersebar ke seluruh dunia dengan cepat hingga ke Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,  persekutuan ini telah diterima sebagai ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964 Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan.
































BSMM-BULAN SABIT MERAH MALAYSIA.



















Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) telah ditubuhkan pada tahun 1948 dan diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957. Manakala Persatuan Palang Merah Antarabangsa mengiktirafnya pada tahun 1963.


























BANTUAN KECEMASAN:
A. Jenis Balutan & Anduh
B. Pertolongan Cemas

CPR-CARDIOPULMONARY RESUSCITATION



CHOAKING:

KURSUS-KURSUS:


















 AKTIVITI-AKTIVITI:
1. 

a. Kawad Statik





2. Latihan Kebakaran
Alat pemadam api ialah alat perlindungan kebakaran aktif yang  digunakan untuk memadamkan atau mengawal kebakaran kecil. Alat ini seringkali bertindak sebagai bantu mula dalam situasi kecemasan. 

Cara Menggunakan Alat Pemadam Api


3. Cara Balut Kecederaan Guna Kain Anduh






ISU-ISU PERTOLONGAN CEMAS:
1. Pemanasan global dan kesihatan manusia. 

Situasi semasa menunjukkan suhu bumi semakin meningkat. Peningkatan suhu ini mengakibatkan bahang udara panas kerap dapat dirasakan dalam kitaran udara bumi.  Fenomena bahang udara panas ini dapat dirasakan setiap kali  apabila angin kuat bergerak  mengelilingi garis lintang satah bumi. 
Langkah keselamatan yang perlu segera diambil untuk mengekalkan kesihatan ialah banyakkan minum air masak, kurangkan pengambilan gula, jangan bermain dengan api, tutup dapur masak setelah selesai menggunakannya  dan tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh mengakibatkan kebakaran luar kawalan dan peningkatan suhu.
Bersama-sama menjaga keselamatan diri, keluarga dan alam sekitar. 





JAKARTA-BANDONG-JAKARTA

Senai - Jakarta Jakarta - Bandong ( Woosh)