Thursday, May 25, 2023

RAMADHAN & RIANG RIA AIDILFITRI

SESEKALI BEGINI: Tetapan masa telah ada. Berjumpa setelah detik-detik masa sebelumnya penuh dengan pelbagai agenda memang menimbulkan keriangan. Malahan, sewaktu bergembira, ingatan kepada insan-insan yang telah tiada tetap menjadi keutamaan dan doa diiring tanda kesyukuran.  Sanak-saudara juga gembira dan mencari ruang untuk bersua. Dikala ini, ada ketawa kerana kisah dulu-dulu, masa kecil hingga dewasa, sayu pilu dan menitislah air mata dek kerana cabaran, tohmahan, ejekan dan macam-macam lagilah. Ah, rencam dunia yang biasa jika telah kecapi sebahagian daripada nikmat Allah s.w.t.! Jadikan masa lampau sebagai pengajaran kerana semuanya adalah ilmu berguna untuk SEKARANG dan  hari-hari depan. Jom beraya atas dasar MENGERAT SILATURRAHIM BERSAMA-SAMA. 

RIANG RIA AIDILFITRI 2026/2027
 
   





ROMADHAN 2026/2027

          


1. Macam-macam 

         

     



 


 
Syukur ke hadrat Ilahi,  pelbagai inisiatif bantuan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk  meringankan beban rakyat, terutamanya golongan asnaf dan B40 sehingga Ramadan 2026 ini. .Berikut adalah antara bantuan yang  berjaya dikesan: 
BANTUAN TUNAI Rahmah & Sokongan Kewangan- Fasa 2: Pembayaran mula dikreditkan secara berperingkat mulai 10 Mac 2026. Sumbangan Asas Rahmah (SARA): Bantuan barangan asas bernilai RM100 secara "one-off" diberikan kepada penerima yang layak untuk persiapan Ramadan dan Aidilfitri. Program Nur Ramadan (Kuala Lumpur): Pemberian bantuan tunai RM200 beserta cenderamata kepada penerima di parlimen-parlimen terpilih seperti Seputeh, Cheras, dan Bukit Bintang melalui inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
PENJAWAT AWAM: Bantuan Khas Penjawat Awam (Johor): Kerajaan Negeri Johor mengumumkan bantuan khas sebulan gaji sempena Aidilfitri untuk penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak.BANTUAN PERINGKAT NEGERI & ZAKAT: : Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM13.7 juta untuk membantu asnaf fakir, miskin, dan mualaf. Selain itu, bantuan zakat/fidyah turut diagihkan di peringkat DUN seperti di Tanjung BidaraWilayah Persekutuan: PPZ-MAIWP memperkenalkan Kempen Ramadan 2026 dengan kerjasama rakan strategik untuk mengimarahkan ibadah dan membantu golongan memerlukan. peruntukkan RM12.5 juta bagi menyantuni rakyat melalui pelbagai program kebajikan di bawah Belanjawan Johor 2026.INISIATIF HARGA & BARANGAN: Jualan Rahmah MADANI: Program jualan barangan keperluan pada harga lebih rendah diteruskan di lokasi-lokasi strategik bagi membantu rakyat berjimat sepanjang bulan puasa.




































 
  





R0MADHAN & AIDILFITRI 2024/2025




















R0MADHAN & AIDILFITRI 2023/2024




ROMADHAN & AIDILFITRI GATHERING-2022.



















Tuesday, January 10, 2023

KL LAGI.

CUTI 3 MINGGU 9.12.22 - 31.12.22
MINGGU 1:
Rehat kat rumah sahaja sebab abang Din (abang tiri) aku mengadakan majlis walimatulurus untuk anak lelaki sulungnya. Semua ahli keluarga balik termasuk adik beradik kandung aku. Memang meriah dan kami seperti biasa meringankan tulang untuk menyempurnakan majlis tersebut.
MINGGU 2: 
Banyak perkara nak settle sebab hujung tahun 2022. Contohnya, roadtax  kereta, cat kereta, repair rumah, settle dan kemas kini file life insurans rakan-rakan dan macam-macam lagi. 
Agak-agak rasa lapang aje, akupun mula KENYIT MATA dengan isteri dan kata 'jom' round KL lepas hantar Afiq. Afiq anak sedara yg agak lain sikit. Afiq suka melayan sedara di kampung. Abang Din suka tengok gelagat Afiq.  Walaupun masih kecil dan keanak-anakan tapi naluri dan pemikirannya agak keibuan.
Sesekali,  bila tengok dia MENGAMUK apabila kena usik dengan abang dan kakaknya, alamak.........boleh loss control anak kecil buah hati aku ni. Sama seperti yang lain jugak, aku semampunya melayan karenah mereka. 
Dalam perjalanan ke Semenyih, aku singgah kejap tengok bapa mertua Uji yang kurang sihat kat rumah iparnya di Seremban. Pak cik Hussin dan arwah isterinya sangat baik dan peramah orangnya. Selalu nak belanja makan itu dan ini kalau aku dan isteri singgah rumah kat Kucai Lama. Jadi, bila lama tak tengok wajahnya, terasa rindu. Alhandulillah, masih sihat. Kesan daripada jatuh menyebabkan kakinya cedera dan mengalami simptom lupa-lupa ingat. Kami borak-borak dengan keluarga ipar Uji lebih kurang 1 jam dan bergegas memandu semula. 
"Dah sampai Semenyih, bangun. Mama rindu kau tu," aku suruh isteri kejut Afiq yang nampak  kepenatan. Selamba aje dia. "Assalamualaikum, mama....," suara jeritan Afiq. 
Dengan gopoh-gapah Afiq masuk rumah dan melabuhkan badannya atas sofa. Aiman dan Husna keluar bilik dan menyakat Afiq sambil senyum  panjang(rindulah tu). Amani si kecil molek memang kuat celoteh. Aku semakin senang  tengok gelagatnya sebab kecik-kecik dulu dia tak suka tengok aku. Bila aku kacau sikit je, terus jerit kuat-kuat. 
"Oklah,  uncle nak rehat, petang karang baru makan," aku bagitahu mama Afiq(Uji) yang tak sabar-sabar ajak makan bersama. 
Borak-borak sambil makan, banyak berkisar tentang cara mengendalikan rutin harian anak-anak. Isteri aku pulak, seronok mendengar Uji bercerita. 
Petangnya kami 'window shopping' di  AEON BIG Semenyih dan malamnya berehat saje sambil menonton tv.
Esoknya selepas sarapan, borak sikit2 dan memberi perangsang kepada anak-anak saudara, akupun 'chow' ke Puchong, rumah sewa adik bongsuku.
Betul-betul tengah hari aku sampai. "Hai, untie!"anak saudaraku Iman yang agak jambu dan kuat celoteh menyapa di hadapan pintu.  "Unclelah, untie pulak,"aku masuk dan terus rehatkan badan. Hidangan ringan dah siap atas
 meja. "Adussss.........macam mana perut aku tak buncit." 
"A.ha dan k.ita nak pergi mana malam ni? Jom, jalan-jalan Bukit Bintang dan Putrajaya. Nanti adik ajak Sharul drive.  Sebelum tu.............., cari gerai untuk makan malam kat kawasan sekitarnya," adik bongsuku  mengajak. 
Kawasan Bukit Bintang terang-benderang, sesak dan jem. Ramai penganut Kristian berpusu-pusu ke situ  nak menyambut Krismas bersama keluarga dan sahabat handai mereka.
Putrajaya pulak memang tersusun dan sangat cantik pada waktu malam.

Dulu, aku dan isteri datang waktu siang. Rasa-rasanya, kali ketiga kami ke sini.  Pembukaan kawasan baru PENTADBIRAN KERAJAAN dan penempatan berkelompok secara terancang adalah 1 keputusan tepat kerajaan menghabiskan berbilion-bilion ringgit wang rakyat untuk memajukan kawasan ini. 
Kami ronda-ronda menaiki kereta,
jalan-jalan dan berehat di DATARAN
 PUTRAJAYA yang juga sesak dengan
 pengunjung. 

Jam 12.15 tengah malam kami dah berehat di rumah. 
 Esoknya, aku dan isteri merancang untuk window shopping di KLCC,  jalan-jalan di kawasan  sekitarnya dengan  check-in hotel di kawasan Chow-Kit 1 @ 2 hari.  
"Ya, nasi kandar KL branches Penang sedap tapi harganya mahal sangat," teringat ayat adik ipar aku Sharul. 
Bandar lama KL kawasan Chow Kit tak banyak tarikan namun landskap sekitarnya mampu menarik pengunjung untuk menelusuri setiap inci kawasan hingga ke KLCC. Restoran2 dan pelbagai gerai makan  selera tempatan dan antarabangsa dengan dekorasi kontemporari dan semi tradisional mengentikan langkah perjalanan untuk membasahkan tekak. "Wah, best jugak round KL ni, 1 hari tak cukup," aku bersuara. 

JAKARTA-BANDONG-JAKARTA

Senai - Jakarta Jakarta - Bandong ( Woosh)