TERIMA KASIH COVID-19: PORT DICKSON

(KAMI BERKUMPUL SEMASA CUTI SEKOLAH PADA 212223122021)

Pada 21 Disember, seawal 6.30 pagi aku dan isteri dah masukkan beg dan pelbagai kelengkapan lain  dalam  kereta. Aku hantar maklumat dalam ‘family whatsapp,’ “Ok, A.ha on the way ke Parit Sempadan untuk mengambil Balqis, Ain dan Qaseh. A.ha terus ke Port Dickson. Jumpa kat sana.” Ahli keluarga aku semua tahu, aku memang suka memulakan perjalanan awal-awal bagi. Kesegaran lepas mandi, jalan yang lengang, suasana sejuk berembun, Pak-Pak Aji baru balik Mussola, deretan lori penghantar barang-barang ke seluruh semenanjung sangat memberi semangat kepada aku untuk memulakan hari dan melihat keindahan persekitaran sepanjang perjalanan.

Pemanduan aku tidak menghadapi sebarang masalah. Lebih kurang 10.45 pagi kami bertemu di Pantai Port Dickson. Berkumpul dengan hati yang sangat riang kerana hampir dua tahun tak makan sama-sama, borak-borak dan membuat aktiviti. “Jom rehat-rehat dalam 30 minit, tengok apa yang penting untuk dibeli, lepas tu check-in,” pengurus percutian bersuara, Idah. Isteri aku dan yang lainnya mengangguk. “Adik(Rosidah) dengan Sharul belum sampai, setengah jam lagi, dia baru whatsapp,” Uji bersuara sambil menarik-narik baju ke bawah untuk membetulkan mana-mana bahagian pada badannya yang tidak seimbang, termengah-mengah dengan tarikan nafas lega kerana baru sahaja sampai. “Sulaiman tengah pusing-pusing cari ‘parking’ kat sana,”Uji menambah. Beberapa minit kemudian Sulaiman turun dan seperti biasa, senyuman dengan deretan gigi putihnya menyapa kami. “Din mana?” aku bersuara kat Idah. “Dia ada kerja sikit, petang-petang nanti atau esok dia sampai, tak pun…… malam.” Aku memang kenal sangat dengan adik ipar no 1 ni, memang tak reti duduk diam, nak apa…….semua dia carikan. Bagus. Namun, kekadang keluarga memang ‘makan hati’ sebab Din tak suka lekat kat rumah. Adik ipar aku no 2 pun sama. Walaubagaimanapun, aku percaya mereka berdua ni, semua yang dilakukan adalah untuk keluarga tersayang dan kadang-kadang aku bela mereka, “Biarkan aje, masih bertenaga, lagipun semua cukupkan. Ada timbulkan masalah lain ke? Kalau tak de …….biar aje mereka dengan kerja-kerja dan hobi mereka. Biar mereka pelan-pelan selesaikan semua tugas untuk masa depan keluarga. Jangan buat tak tentu arah dan ingat Allah, cukuplah tu.”  “Uji, ok aje.” “Idahpun tak kisah. Faham sangat.” Pada aku semua tu normal asalkan tidak mengenepikan tanggung jawab.

“Hah………………..tu Sahrul dengan adik sampai! Jom check-in,” Idah menunjuk ke arah tempat letak kereta.  “Jap, adik baru nak tarik nafas. Sharul tengah pakaikan kasut Iman tu. Tunggu dia turun dulu, tengok-tengok apa yang patut barulah bergerak. Kak Idah ni……, gopoh,” adik berseloroh.

  

 
Idah menyuruh kami semua singgah makan di Gerai Makan Selera Malaysia Majlis Daerah Port Dikscon  sewaktu semua bergegas untuk check-in homestay.  “Lokasinya, 100 meter aje dari sini,” Idah menyampaikan maklumat apabila Nuar menanyakan soalan. Kami ke Gerai No 6, Kak Gayah. Memang macam-macam lauk ada,  ala-ala semi contemporary,’ disulam pulak dengan menu dulu-dulu yang ada ulam, salai dan bakar. Memang lazat dan harganya pulak tak begitu mahal. Cuba datang singgah kalau tak caya.

Lepas makan,  aku, isteri dan anak-anak saudara yang sekereta mundar-mandir di Pantai Cahaya Negeri. Aku dapat merasakan bahawa wabak Covid-19 banyak memberi hikmah kepada manusia. Semua kawasan-yang aku singgah sewaktu jalan-jalan cari makan dan berehat sewaktu musim cuti sekolah nampaknya semakin bersih dan indah dengan landskap tumbuh-tumbuhan hijau dan berbunga.

Jam 2.00 petang, kami check in di homestay NR Port Dickson. Kali ni kami mengambil 3 jenis homestay(Homestay dengan pelbagai kelengkapan beserta 3 bilik, homestay tetamu beserta 2 bilik, dan homestay 1 bilik  dan 1 loteng). NR homestay juga ada kolam renang, dapur masak, ruang berkumpul, tempat bermain serta meja ping pong. Kelengkapan biasa yang lain ialah penyaman udara, tv, bilik air dan ruang masak air. Keseluruhannya, homestay ni cantik dan bersih. Aku suka mencadangkan supaya landskap persekitarannya perlu banyak diletakkan pokok-pokok bunga, berpagar dan tempat letak kenderaan yang luas supaya lebih santai.

“Semua rehat dulu, petang karang lepas Asar ada Sukaneka di pantai,Idah memberi arahan. Semuanya macam dengar dan tak dengar aje, maklumlah penat. “Lepas tu programnya apa?” Lan bertanya. “Doa selamat, makan malam, layan anak-anak, kalau nak keluar jalan-jalan boleh aje,” Idah menambah.

Lepas check in, kami berehat sambil makan makanan yang di bawa. Kak Imah, Lin, Idah, orang rumah aku, Iza dan Uji memanaskan menu-menu sarapan dan menambah menu nasi goreng, ayam goreng  dan mee goreng.  Air teh o panas, nescafee o panas dan milo o panas dapat juga mengembalikan kesegaran badan. Di sudut yang lain, Sharul sibuk melayan Iman, Amani dan Afiq mandi kolam.  Sufi agak malu tapi kekadang nampak datang dekat-dekat macan nak join. Aku pulak bergilir-gilir bermain ping-pong dengan Sulaiman, Daniel, Lan dan Aiman.

Petang tu kami berkumpul di tepi pantai dan memasang sebuah khemah sebelum memulakan aktiviti. Sulaiman ditugaskan untuk merancang beberapa aktiviti seperti baling-sambut-undur, botol air pasang, tepung harta ajaib dan bola sepak pantai. Semua aktiviti ada disediakan hadiah yang akan disampaikan pada malam kedua di homestay. “Anak-anak kecilpun akan ada pertandingan mewarna malam tu,” kata uji. Lin dan Iza ketawa geli hati. 

Selepas Maghrib, walaupun badan terasa penat, semua berehat dan berborak di dapur homestay utama  sambil makan dan minum, maklumlah ada asam pedas. Ramai yang mintak asam pedas. Apa lagi, Idah menunujukkan kepakarannya. Sifunya Kak Imah ada di sebelah, ditambah pulak dengan resepi ajaran mak mertuanya, memang lazat. Apabila bercerita bab masak ni, orang rumah aku memang tak suka meneraju berbanding suka menolong. Namun, sorang lagi adik ipar perempuan aku(Lin) dah mula tunjuk skill memasak. Wah, mereka semakin aktif, bahaya ni! Malam tu dapur homestay penuh dengan pelbagai juadah untuk santapan semua yang lapar dan riuh dengan pelbagai cerita termasuklah pengalaman menghadapi covid selama 2 tahun. Lebih kurang jam 8.30 malam, kami mengadakan doa selamat keluarga secara ringkas, makan-makan lagi dan berborak sebelum masuk tidur untuk aktiviti esok pagi.

Hari kedua: 22 Disember 2021. “Pagi ni, lepas sarapan bolehlah pergi ke pantai. Semalam Idah dah bincang dengan salah sorang  pengusaha  pantai untuk aktiviti-aktivitinya,” Idah memberitahu kami semua. Aku dapat merasakan anak-anak saudara aku mesti seronok dengan aktiviti-aktiviti pantai.  Contohnya, meluncur berkumpulan dengan ‘banana boat’, ‘island hoping,’ mandi-manda, bola tampar pantai, bola sepak pantai dan sebagainya. Sewaktu beraktiviti di pantai, aku bertindak sebagai penolong………….ala-ala penyelamat gitu. Kalau anak-anak saudara aku layan aktiviti pantai, aku mesti akan ikut sama. Korang nak tahu, punya semangat, aku  duduk depan sekali untuk aktiviti ‘banana boat’ bersama Haziq, Aiman, Farhan, Irfan, Daniel dan Afiq Hi.hi..hi…hi…….. Geng-geng ibu pun sangat ‘sporting’ dengan turut sama beraktiviti  untuk menolong anak-anak dara mereka. Balqis, Ain, Kasih, Husna dan Amani bermain di pantai.  

 


 
Pada 11.30 pagi aku bagi isyarat untuk balik ke homestay. Geng-geng ibu sekali lagi menunjukkan kehebatannya dalam keluarga kami, makan tengah haripun masih sempat mereka sediakan. Hebat!. “Malam ni barbeque, ” Idah bersuara sambil angkat periuk lauk. “Orait,” kedengaran suara Nuar.

Sampai di homestay. Din tengah berehat. Air muka di wajahnya nampak penat sangat kerana sering memandu jauh. “Memang degil, suruh berehat banyak sikit tapi dia buat tak tahu aje. Aku rasa dia tunggu jatuh sakit agaknya baru nak berehat di rumah,” hati aku bersuara. Aku berbual-bual sekejap dengan Din sambil makan mee goreng dan minum Ali-Cafe sebelum masuk ke homestay untuk mandi.

Aktiviti-aktiviti malam di homestay memang meriah dengan penyampaian hadiah, makan-makan,  pertandingan mewarna, bergambar, menonton bola sepak dan berborak-borak. Akupun tak tahu kaum lelaki keluar atau tidak mengopi sebab masuk tidur seawal jam 11.45 malam. Biasanya Din, Sulaiman, Lan, Nuar dan Sharul memang suka keluar berjalan-jalan dan duduk mengopi hingga awal pagi. 


 














 



Pagi 23 Disember, selepas sarapan dan berbual-bual kami mula siap-siap untuk check-out. Jam menunjukkan 10.30 pagi. Semua keluarga berkumpul di hadapan homestay dan ‘posing’ habis dalam sesi bergambar.

 

Kemudian, semua bergerak memandu ke kawasan tepi pantai Teluk Kemang untuk membeli-belah seadanya.  Lebih kurang 1 jam di situ, kami bergerak melawat Pusat Ikan Hiasan Port Dickson dengan bayaran masuk yang berpatutan dan seterusnya menuju ke gerai makan viral ‘Cendol coconut shake’ untuk mengisi perut sebelum bersalam-salaman dan saling mendoakan keselamatan perjalanan pulang. Sebelum sampai di rumah, Idah sekeluarga sempat singgah Bandar Melaka, aku ke A Famosa Resort dan Sulaiman sekeluarga terus ke Semenyih Kuala Lumpur. Sharul dan Nuar pula terus memandu pulang ke Parit Raja.

Seminggu berada di Parit Raja, aku banyak melayan adik bongsu(Rosidah), Iman dan suaminya Sharul. Adik bongsu aku ni ada Ijazah Seni Bina. Jadi, dia tolong menyiapkan pelan tambahan untuk rumah ‘corner lot’ aku. Lebih kurang seminggu di kampung dan rumah aku, dia sekeluarga pulang semula ke Puchong, Kuala Lumpur untuk menjalani rutin harian seperti biasa.

Mesej-mesej yang aku terima melalui whatsapp menyatakan semuanya selamat tiba ke destinasi masing-masing. Syukur kepada Allah s.w.t. kerana pada cuti sekolah ini, segala perancangan sejak awal untuk meraikan Hari Keluarga di luar kawasan buat kali ke-2 berjaya direalisasikan walaupun terkesan dengan wabak covid-19.  Hubungan kekeluargaan kami semakin rapat dan tetap utuh  dengan selalu berbincang untuk menyelesaikan masalah. Pada aku, sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak perlu sentiasa berbincang dalam apa juga keadaan. Ayah dan ibu perlu sentiasa bertolak-ansur. Anak-anak pula perlu menjadikan ayah dan ibu sebagai rujukan utama terutamanya anak-anak perempuan. Bukankah syurga di bawah telapak kaki ibu dan segala tanggungjawab dan keputusan anak-anak perempuan adalah 100 peratus di bawah ayah dan ibu selagi mereka belum berkahwin?

Sebenarnya, kelakar juga nak cerita. Sementara menunggu tarikh percutian hari keluarga aku dan isteri telahpun berjalan ke Cameron Higlands 2 hari. Perjalanan ini secara kebetulan aje sebab nak uruskan beberapa perkara di UIA berkaitan pengajian PHD aku:

On Dec 15 at 6.30am, i drove to North-South Highway with the intention to settle down three matters related to my study in IIUM; library books, study fees, and registration for new semester. After 4 hours driving and 2 hours in IIUM, all done with no big problem arose, very simple but need efforts. The KEY is ‘MUST BE WILLING TO FACE EVERYTHING IN LIFE BECAUSE ONE JOURNEY STARTS SINCE EARLY BORN TO END OF LIFE. THE WAY YOU COPE WITH EVERY SITUATION MUST WITH FAMILY ASSISTANCE, CLIQUES AND ALL IN ORDER TO GIVE PRECIOUS VALUES TO YOUR LIFE. DO YOU HAVE AN ENTHUSIASTIC TO BE LIKE THE SUCCESS PEOPLE? That it is. “Ok, settled. Where?North area,” from my lovely wife’s voice. “Emmmgph…….continue driving  and then decide. Where’re the nice places to relax?” I added. Finally, again and again, as usual Cameron Highlands became the destination.  Two days and a night stayed in Cameron before driving back to Johor for family day in Port Dickson.

Berbalik semula cerita tentang pasca percutian keluarga. Selepas adik aku pulang ke Puchong, Kuala Lumpur,  aku mula membuat persiapan untuk penggal akhir persekolahan sesi 2021/2022. Namun, pengumuman Menteri Pendidikan Malaysia yang mengatakan cuti sekolah disambung hingga 9 Januari 2022 mengubah jadual persediaan naik sekolah aku. Aku dan isteri mengambil keputusan untuk bercuti sekali lagi. Destinasi kali ini ialah Kuala Terengganu. Idah, Kak Imah dan yang lainnya tak setuju kerana musim banjir telahpun bermula. Malahan, laporan yang didengar melalui TV1 dan TV3 yang menyatakan telah berlaku banjir besar di beberapa tempat di Negeri Sembilan dan Selangor menguatkan kebimbangan mereka supaya aku membatalkan hasrat ke Pantai Timur. “InshAllah takde apa-apa,” aku memberi keyakinan. 31 Disember 2021, jam 6.45 pagi aku dah mula memandu ke sana mengikut jalan persekutuan.

Benarlah, hujan sentiasa turun sepanjang perjalanan, renyai-renyai dan sesekali lebat di beberapa kawasan. Udaranya nyaman dan sejuk namun angin bertiup kencang seolah-olah ribut akan berlaku. Laporan media masa tidak silap, aku tengok sendiri kesan banjir fenomena air pasang besar yang menenggelamkan beberapa kampung di Negeri Sembilan. Aku dapat lihat kesan aras air banjir hingga setinggi 1.5 meter di dinding-dinding rumah. Kebun-kebun sawit pula masih banyak yang ditenggelami air. Sesetengah kawasan tu, masih ada lagi sekumpulan sukarelawan menolong penduduk-penduduk setempat membersihkan rumah-rumah mereka. Sedih dengan ujian Allah Namun, itulah hakikatnya yang tidak terjangkau oleh manusia akan hikmahnya.  

Selepas berhenti di beberapa tempat untuk sarapan, makan keropok lekor dan sembahyang di rumah Idah di Kuantan, kami meneruskan perjalanan  melalui Kemaman, Cherating, Kertih, Paka, Dungun, Tanjung Jara, Rantau Abang, Marang dan jam 9.15 malam hari yang sama kami tiba di Kuala Terengganu. Kami terus check-in di Resort Seri Indah, Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Hampir 2 jam kami mundar mandir sekitar pantai dan makan ikan bakar sebelum berjalan-jalan di dalam kawasan resort. Ombak memukul pantai sangat kuat dengan angin ribut yang  tidak berhenti-henti selama 24 jam. “Fenomena ni biasa di Pantai Timur pada musim tengkujuh,” kata seorang kakitangan resort. Aku dan isteri lega dan masuk semula ke dalam bilik.

Esoknya, jam 9 pagi kami dah siap-siap untuk check-out. Aku menyelak langsir homestay. Ombak besar dan angin ribut terus menyelubungi kawasan pesisir pantai dan sekitarnya. Sukapun ada, takutpun ada. Namun semuanya kuasa Allah s.w.t. Lepas check out, kami terus melawat ‘Drawbridge’ sebab isteri aku nak sangat melihatnya. Namun dia dan aku tak nak menaiki jambatan tersebut kerana dah biasa sangat di tempat-tempat lain seperti di Melaka, Langkawi dan Kuala Lumpur. Kawasan tersebut merupakan tarikan baru pelancongan di Kuala Terengganu dengan pelbagai kemudahan dan tarikan terkini bersama landskap-landskap hijaunya. Kemudian, aku ke Pekan Losong dan sekitarnya untuk membeli keropok lekor kerana dikhabarkan di sinilah tempat pengeluaran keropok yang paling enak.  Benar, kandungan proteinnya sangat memenuhi selera penggemar keropok lekor. Jam 12 tengahari kami bertolak ke Marang, Terengganu. Ombak di pantai masih lagi besar dengan tiupan angin kencang.  Kami berhenti rehat, makan dan check-in di homestay budjet Che Su. Wow, landskapnya menarik!, simple………ala-ala Bali, hanya 9 meter sahaja dari pantai. “Bang, tak takut ke, dekat sangat ni. Kena hanyutkan baru tahu,” isteri aku dengan muka yang agak cemas. Namun, penjelasan  pengusaha homestay menghilangkan kerisauan aku. Aku tidur lenyak malam itu dengan iringan bunyi ombak besar menghempas pantai pada batu-batu pemecah ombak. Alhamdulillah.





“Uncle dan untie dah sampai, mama dengan papa kerja” Balkis menyambut kami setelah hampir dua jam memandu ke arah Kuantan. Irfan berlari ke arah kami dari arah rumah kawannya, “Eh, uncle dengan untie! Dah sampai dari Terengganu, ya? Masuklah, rehat dulu. Guna bilik Balqis aje.” Kami senyum dan rasa gembira sangat dengan sikap anak-anak saudara yang mesra.

Aku masuk rumah dan berehat. Malam tu, Din sekeluarga belanja kami makan ikan bakar dan mcam-macam lagilah. “Berapa hari kat sini?” Din bertanya.  “Dua hari kot,” aku membalas. “Idah kerja, Dinpun kerja. Balqis dengan Irfan ada kat rumah. Kalau nak keluar ke, boleh ajak mereka,” Idah menambah.

Aku dah biasa sangat ke Kuantan. Tambahan pulak, rumah Idah sekeluarga  dekat dengan kawasan pantai dan aku penggemar pantai sejak kecil lagi. Rombongan sekolah rendah sampai belajar di MPTAA, Kuantan, lokasi santai aku ialah pantai, hutan berbukit dan air terjun. Lagi satu, banyak gerai-gerai ikan bakar kat sini. Ikannya segar dan harganya sangat berpatutan. Kawasan kampung, pekan kecil dan bandar Kuantan yang saling bergantungan antara satu sama lain menjadikan aku jatuh cinta dengan Pantai Timur sebagai destinasi rehat semasa cuti sekolah atau cuti panjang.

4 Januari 2022, selepas sarapan dengan keluarga Idah di gerai daging salai di tepi jalan utama, kami bertolak pulang ke selatan. “Ok, jumpa lagi semua, love you all,” aku berteriak. Din ketawa geli hati dengan gelagat aku. Agaknya dalam hati dia, macam budak-budak abang ipar aku ni. Pada aku, “Why bother, mengajar budak-budak sekolah rendah dengan gelagat anak-anak kecil telah menjadikan aku mempunyai  tabiat gila-gila sikit. “Abang Ha, punya perangai. Idah tak tahu ke?” isteri aku mencelah. “Oklah, Idah pergi kerja dulu ya. Balqis dengan Irfan tengok kucing-kucing tu, bersihkan najisnya. Papa nak ke ofis jugak tu.” Aku senyum, melambai dan menuju ke kereta, “Jumpa lagi.”  

Jam 4.20 petang kami tiba di Air Keroh. “Jom, check-in, Quayside budjet hotel.”  “Emmmmmmm, apa? Terus ajelah sampai Taman Universiti, cari tempat rehat, makan dan sembahyang……balik,” isteri aku menzahirkan rasa tak setujunya. “Last, ni, dah nak naik sekolah. “Yok, Quayside!” aku memujuk dan akhirnya isteri aku mengangguk. Hi………….hi…………hi……….







Tanda tempat #@sungai melaka terpampang besar bila aku selak langsir. Air sungai Melaka keruh dan tenang mengalir ke hulu tanpa membawa sampah. Sama dengan minda aku yang tak kaku melihat gumpalan awan kelabu dan langit sedikit membiru. Kemudian, kami jalan-jalan di kawasan sekitar, dan apabila mega merah kusam di belakang awan menjelma,  kami dah berada di dalam bilik. “Oughhhhhhhh, lega, esok sampai rumah,”suara aku dari atas tilam.

Malam tu, selepas sembahyang kami santai kali kedua di Waronk yang agak klasik, menggabungkan semi melayu+barat dengan pemandangan sungai melaka dari arah seberang satu lagi. Ramai betul pengunjung dalam Waronk ni, seni hiasan dalamannya berbeza dan ada tarikan tersendiri. “Ok, jom masuk hotel, pukul 10 malam ni!” isteri aku memberi isyarat apabila melihat aku seakan-akan khayal menikmati muzik dan hiasan di sekeliling tembok dan dinding Waronk.   

Pagi yang menggembirakan apabila #@sungai Melaka bersama mega jingga yang beransur-ansur hilang, hotel casa del rio menjadi penyeri wajah. Jam 8.30 pagi kami turun bersarapan di lobby hotel, check-out  dan bertolak pulang ke Johor. Aku dah set di Melaka “START KERJA UNTUK TAHUN 2022.”

Apa yang aku makan sepanjang cuti ni di tempat orang ialah mee hoon goreng, ikan bilis goreng, kacang goreng, strawberi segar, strawberi jeruk manis, telur pindang herba, ais-krim strawberi, limau manis, ikan bakar, sotong goreng tepung, kerang bakar, kalian ikan masin, sup ekor, lala masak sambal, buluh lumpur stim halia, jagung bakar, ayam masak kicap, ikan patin singgang, ayam masak kari, jantung pisang tumis lemak cili, nasi dagang ikan aya, daging kari, kuih akok, ikan patin tempoyak, sayur lemak, ulam-ulaman, sambal belacan, nasi kerabu dan budu, kerapu bakar sambal, ketam goreng telur masin,  sup tulang, nasi goreng ikan masin, kuih lepat, bebola manis, tepung bantat, nasi lemak,  kfc,  daging bakar, mee goreng lambak, telur masin, durian guli, durian D24, cendol 3 rasa, (jagung, pulut dan kacang, lempeng, ikan tilapia sambal, sotong sambal, tahu sumbat, mee kari, satey, laksa nyonya,  tahu sup, tahu goreng, kuih onde-onde, pau, satar, keropok lekor rebus, keropok lekor goreng, telur goreng, nasi geprek, tempe goreng, nasi ayam bbq, bendi goreng,  daging goreng hitam, telur dadar kubis ulam, ayam goreng kunyit, asam pedas, bbq kambing dan bbq ayam black pepper.  Apa yang aku minum? Teh Tarik, air susu, air asam boi, air limau, air coke, ais-krim berlemok gula apong, teh-o, kopi-o, nes-o, nescaffe, teh-0 kosong, Ali-Café, teh-o kurang manis, americano, café-latte, jus oren, jus epal, jus carrot, air laici  dan minuman herba.  *Yang pastinya aku juga membantu menjana ekonomi negara dengan berbelanja untuk  menolong peniaga-peniaga kecil dan sederhana menambah pendapatan bagi kelansungan keluarga mereka. 

Jumpa dilain cuti. Jom ‘drive’ dan jalan-jalan cari makan masa cuti. Jaga keselamatan diri, pemandu-pemandu di sekeliling dan kebersihan alam sekitar. Hi……hi…….hi..... Landskap Malaysia yang menggambarkan masyarakat tempatan tidak kurang menariknya jika terus mendapat perhatian semua pihak terutamanya penggemar flora, fauna, deruan ombak dan kocakan air sungai bersama isinya. Adakah aku akan berkelana atau mengembara untuk menikmati pelbagai keindahan yang menakjubkan ciptaan Allah yang maha esa  di negara orang? InshAllah, mungkin suatu hari nanti. 

Comments

Popular posts from this blog

BAHASA MELAYU: ASAS 3M + 2M

BAHASA MELAYU: TAHAP 1