RIANG RIA AIDILFITRI 2023
SESEKALI BEGINI: Penetapan masa telah ada. Sesekali berjumpa setelah detik-detik masa sebelumnya dibahagikan kerana pelbagai agenda, memang menimbulkan keriangan. Malahan, insan yang telah tiada juga tidak dilupa. Doa diiring tanda kesyukuran. Sanak-saudara juga gembira dan mencari ruang untuk bersua. Dikala ini, ada ketawa kerana kisah dulu-dulu, masa kecil hingga dewasa, sayu pilu dan menitislah air mata dek kerana cabaran, tohmahan, ejekan dan macam-macam lagilah. Ah, rencam dunia yang biasa jika telah kecapi sebahagian daripada nikmat Allah s.w.t.! Jadikan masa lampau sebagai pengajaran kerana semuanya adalah ilmu berguna untuk SEKARANG dan hari-hari depan.
Jom beraya atas dasar MENGERAT SILATURRAHIM BERSAMA-SAMA.
Comments
Post a Comment