Posts

Showing posts from June, 2021
   5. AKU SEORANG CIKGU:   29 JUN 2021. Pengayaan Bahasa Melayu juga diakronimkan menjadi HOTs atau KBAT. Objektif utamanya ialah memberi latihan, info dan aktiviti tambahan yang melepasi zon pemikiran murid-murid arus perdana. Murid-murid ini selalunya dapat menyiapkan tugasan atau latihan dengan cepat. Jadi, cara untuk mengawal dan terus-terusan membimbing mereka ialah dengan memberi pengayaan. Selain itu, guru-guru juga sering memberi ruang untuk mereka melakukan aktiviti sendiri yang mereka gemari seperti melukis, mewarna, membaca buku-buku cerita dan menyiapkan tugasan-tugasan lain. Kerap juga saya meminta murid-murid ini membimbing rakan-rakan sekelas yang belum selesai tugasan semasa supaya ada rasa kekitaan antara mereka. Mereka seronok dan pemupukan sifat menolong berlaku. Jadi, hari ni saya masukkan satu slaid pengayaan yang saya buat dalam bentuk Power Point. Cerita sikit pasal Microsoft Power Point. Saya belajar sikit-sikit tentang Power Point ni pada tahun 2001. Kemudia
Image
 4. AKU SEORANG CIKGU:    28 JUN 2021. Hari ni aku nak tulis tentang pengalaman mengajar secara sepintas lalu aje. Sepanjang hampir 25 tahun mengajar di  sekolah rendah, mata pelajaran yang paling banyak aku ajar ialah Bahasa  Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik.  Jap, aku cerita sikit pengalaman belajar ya. Pengkhususan aku di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan(MPTAA-1996  ialah Bahasa Melayu. Kami juga belajar elektif Matematik dan IT. Kawan-kawan banyak yang cakap aku antara pelajar cemerlang akademik(Bukan mata pelajaran Sains yang teruk kena hafal) tapi semester 2 pointer aku jatuh. Banyak sangat main agaknya. So, takde rezeki nak dapat title tu. Hanya 2-3 orang aje yang dapat title tu.  Aku keluar bekerja, mengajar di sekolah-sekolah. Banyak kali nak sambung belajar PJJ tapi banyak sangat kekangan. Adik-adik aku semua dah ada Ijazah. Adik lelaki aku kata, “Sambung aje a.ha”.   Kemudian aku sambung pelajaran Ijazah Pertama di bawah KPM-OUM(Ala-ala twin program) di Maktab Pergu
   3. AKU SEORANG CIKGU:   26 JUN 2021. PIDATO : Terima kasih cikgu kerana banyak mengajar aku ilmu yang boleh aku manfaatkan kepada murid-muridku pula. Sebagai guru Bahasa Melayu sepanjang 25 tahun berkhidmat, aku kerap menolong ketua-ketua   panitia dalam menyempurnakan pelbagai tugasan dan aktiviti yang diamanahkan. Ketua-ketua panitia aku faham sangat dengan perangai aku. Kalau aku cakap boleh, maknanya aku suka. Kalau aku cakap tidak mahu, memang aku tak suka. Kalau mereka paksa dan menggunakan bahasa lemah-lembut untuk mengganggu emosi aku. Akhirnya, aku terima, tapi faham ajelah, ianya bukan dari hati nurani aku, sebab aku tak suka banyak karenah. Pidato dan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah satu aktiviti yang aku suka. Selalunya, aktiviti pidato melibatkan pertandingan dan persembahan sewaktu majlis-majlis tertentu. Pertandingan pidato biasanya dijalankan antara kelas, sekolah dan boleh sampai ke peringkat kebangsaan. Mengapa aku suka? Jawapannya
Image
    2. AKU SEORANG CIKGU:  25 JUN 2021. Tanggal 1 Mei setiap tahun, seluruh dunia menyambut hari pekerja. Sambutan ini adalah bertujuan untuk menghargai jasa-jasa para pekerja dalam lapangan   yang mereka usahakan demi mencari rezeki yang halal untuk pembangunan keluarga, masyarakat dan juga negara. Pada bulan Mei setiap tahun juga, semua guru di Malaysia menyambut Hari Guru. Sambutan ini adalah khusus untuk para guru yang juga digelar pendidik kerana semua sedar dan tidak mampu untuk mempertikai bahawa jasa guru-guru tiada tolok bandingnya di dunia ini. Selain ibu bapa, guru-guru adalah tulang belakang kepada kejayaan seseorang sama ada mereka telah bergelar Ahli Perniagaan, Perdana Menteri, Peguam, Doktor, Pensyarah atau apa jua profesion yang menjadi kebangaan.   SAMBUTAN HARI GURU Tema Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi Ucapan Kami Sayang Guru Anjuran: SK Seri Gading &   Jawatan kuasa PIBG. Ja
AKU SEORANG CIKGU:   24 JUN 2021. Assalamualaikum warohmatullahhiwabarokatuh. Hari ni ialah 24 Jun 2021 bersamaan 13 Zulkaedah 1442 Hijrah. Hujung tahun ni genap 25 tahun aku berkhidmat sebagai seorang cikgu   di beberapa buah sekolah rendah sekitar Batu Pahat.   Selepas Zohor aku terpanggil untuk mengemas fail-fail peribadi termasuklah fail-fail perkhidmatan perguruan yang aku letakkan di stor. Aku bercadang hendak melupuskan semua fail tersebut.  Isteri aku mencadangkan supaya masukkan sahaja dokumen-dokumen yang penting ke dalam Blog peribadi sebagai bahan perkongsian. Aku setuju dan mula memilih dokumen-dokumen yang sesuai untuk dimuat turun ke dalam Blog MYKISSHAR. 1.        SAMBUTAN KEMERDEKAAN SEKOLAH Tema: Sayangi Malaysiaku, Malaysiaku Bersih. Anjuran: Unit Kokurikulum & Jawatan kuasa PIBG, Panitia Sejarah, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Pendidikan Muzik, Panitia Pendidikan Moral, Panitia Pendidikan Seni Visual.