4. AKU SEORANG CIKGU: 28 JUN 2021.Hari ni aku nak tulis tentang pengalaman mengajar secara sepintas lalu aje.
Sepanjang hampir 25 tahun mengajar di sekolah rendah, mata pelajaran
yang paling banyak aku ajar ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan
Matematik.
Jap, aku cerita sikit pengalaman belajar ya. Pengkhususan aku di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan(MPTAA-1996 ialah Bahasa Melayu. Kami
juga belajar elektif Matematik dan IT. Kawan-kawan banyak yang cakap aku antara
pelajar cemerlang akademik(Bukan mata pelajaran Sains yang teruk kena hafal) tapi semester 2 pointer aku jatuh. Banyak sangat
main agaknya. So, takde rezeki nak dapat title tu. Hanya 2-3 orang aje yang
dapat title tu.
Aku keluar bekerja, mengajar di sekolah-sekolah. Banyak kali
nak sambung belajar PJJ tapi banyak sangat kekangan. Adik-adik aku semua dah
ada Ijazah. Adik lelaki aku kata, “Sambung aje a.ha”. Kemudian aku sambung pelajaran Ijazah
Pertama di bawah KPM-OUM(Ala-ala twin program) di Maktab Perguruan Batu
Pahat dan OUM Batu Pahat pada hujung minggu. Pengkhususan aku masih sama iaitu
Bahasa Melayu. Dua mata pelajaran minor yang aku khususkan ialah Bahasa
Inggeris sekolah rendah dan Matematik sekolah rendah. Masa buat Ijazah pertama
ni aku memang yakin boleh dapat CGPA
4.0. kerana semua tugasan aku buat dan masa exam aku boleh jawab. Tapi, rezeki
bukan untuk aku lagi. Aku positif dan suka buat yang terbaik untuk perkara yang
aku minat. Takde masalah. Lagipun baru berumah tangga.
Balik semula tugas mengajar di sekolah. Aku tak pernah
mengajar Bahasa Melayu Tahun 6 kerana ramai cikgu perempuan mendominasi Tahap
Dua. Mereka semua rajin-rajin dan garang. Macam ibu mengajar anak yang malas. Jadi aku ok sahaja dan mengajar Tahap 1 (Tahun
1, 2 dan 3) hingga sekarang dan pernah sekali atau dua kali mengajar Tahun 4. Cerita
sikit, Bahasa Inggeris semua aku dah sapu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Sambil
mengajar aku improvekan bahasa ni. Ok. Mata pelajaran Matematik hanya Tahap 1
sahaja. Aku ok sahaja. Janji laksanakan tanggungjawab.
Berbalik kepada pengalaman mengajar Bahasa Melayu sekolah
rendah terutamanya Tahap 1. Tugas-tugas guru Tahap 1 tak semudah guru-guru Tahap
2. Apa alasannya? Ini jawapannya. Lebih separuh murid-murid tak pandai membaca,
tulisan hancur(macam cakar ayam), ada pegang penselpun masih tak betul, ada yang
huruf besar dan huruf kecil ABCpun masih tak lengkap, buku kerap takde, tak
bawak, hilang, bau belacan, dsb. Itu belum kira karenah murid yang selalu tak datang
sekolah dan macam-macam lagi. Semua guru kelas dan guru mata pelajaran kena
buat dari A hingga Z. Ada beza atau takde beza? Banyakkan? Ini bukan pasal
klik-klik aje tau. Ini pasal macam mana nak pastikan murid-murid boleh
menguasai semua di atas kerana tu semua asas. Lagi-lagi aku cikgu lelaki.
Memang dia orang tau, aku ni kasar sikit. Tapi, aku ok lagi……ok sahaja. Aku tak
suka lari tanggungjawab.
Dalam Bahasa Melayu Tahap 1 juga ada aspek penekanan iaitu pengayaan,
pemulihan dan arus perdana. Pengayaan untuk murid-murid cepat dan pemulihan
untuk untuk murid-murid yang pelbagai masalah. Aku jarang bersuara tapi cuba fikir….kalau
masalah di atas tak boleh dikuasai, apa yang murid-murid tu boleh buat? Mereka
perlu banyak latihan dan sokongan. Tak gitu? Jadi, berhati-hati sebab kadang-kadang
yang ok sahaja tu paling bahaya.
Dalam pada tu aku kena
juga mengajar macam-macam mata pelajaran yang aku kena study dulu. Dalam 5
tahun ni, subjek core aku hanya Bahasa Melayu, 1 kelas sahaja. Cuba imagine? Dah
belum?
Kelas Bahasa Melayu aku ialah 2 Cerdas. Ada 5-6 orang murid
pemulihan dengan seorang guru pemulihan khusus. Sebagai guru Bahasa Melayu,
kadang-kadang aku buat juga lembaran kerja
tambahan untuk murid-murid ni. Aku ambil
buku tulisan Roslan Nikmat (Selan Osni) terbitan Fargoes dan beberapa buku rujukan
lain untuk sesuaikan dengan gaya tulisan aku untuk membimbing mereka.
Comments
Post a Comment