3. AKU SEORANG CIKGU: 26 JUN 2021.
PIDATO: Terima kasih cikgu kerana banyak mengajar aku
ilmu yang boleh aku manfaatkan kepada murid-muridku pula.
Sebagai guru Bahasa Melayu sepanjang 25 tahun
berkhidmat, aku kerap menolong ketua-ketua panitia dalam menyempurnakan pelbagai tugasan dan
aktiviti yang diamanahkan. Ketua-ketua panitia aku faham sangat dengan perangai
aku. Kalau aku cakap boleh, maknanya aku suka. Kalau aku cakap tidak mahu,
memang aku tak suka. Kalau mereka paksa dan menggunakan bahasa lemah-lembut
untuk mengganggu emosi aku. Akhirnya, aku terima, tapi faham ajelah, ianya
bukan dari hati nurani aku, sebab aku tak suka banyak karenah.
Pidato dan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris adalah satu aktiviti yang aku suka. Selalunya, aktiviti pidato
melibatkan pertandingan dan persembahan sewaktu majlis-majlis tertentu.
Pertandingan pidato biasanya dijalankan antara kelas, sekolah dan boleh sampai
ke peringkat kebangsaan. Mengapa aku suka? Jawapannya, aku ada ilmu mengenainya
berkat tunjuk ajar bekas-bekas guruku. Jadi, mudahlah untuk menolong anak-anak
murid.
Pengalaman aku dalam pertandingan pidato hanya
secubit jika dibandingkan dengan pemidato hebat UIA yang berjaya mengharumkan
nama negara Malaysia di persada antarabangsa. Aku bangga dengan beliau. Bila
terdengar aje berita kejayaan beliau, aku terus mengimbau pengalaman yang aku
ada tentang pidato. Aku mewakili sekolah sahaja di bawah payung Panitia Agama
Islam sewaktu di Tingkatan 4-1988 di SMK Tun Ismail, Pt Raja. “Azhar, nak wakil
sekolah dalam Syarahan/Pidato di SMK Tun Aminah, nah hafal ni, dah hafal jumpa
saya, nanti saya betulkan, ada dalam 2-3 minggu masa untuk awak”. Belum jawab
dah dapat teks. “Emmmmmmmmmmmmmmm, oklah”. Kalau tak silap N0-4 daripada
sejumlah peserta. Aku terlupa isi akhir, gagap-gagap, berhenti 30 saat……dan
terus ke penutup. Eiii……geramnya. Penat berlatih depan cermin sampai adik-adik
akupun geli hati melihat gelagat aku. Selain tu, menyertai Pertandingan Pidato
Anjuran Umno P.Raja secara suka-suka supaya ilmu tak hilang. Kalah. Hi……hi……..hi…….
Aku ni memang happy go lucky, cikgu-cikgu suka layan aku, suka denda aku, dan
kadang-kadang makan hati dengan perangai aku. Entahlah. Dalam bahas pula, aku hanya mewakil Kelas T4 Sains 3 menentang Kelas 4 Sastera
1 (Tak banyak kelas yang menyertai). Kelas kami menang, tapi pembahas terbaik digondol
oleh seorang perempuan dari Kelas 4 Sastera 1. Selain itu, aktiviti bahas
antara kelas di Tingkatan 6(Kami ibarat 1 keluarga, seronok).
Tahun ni
alhamdulillah, aku manfaatkan lagi pengalaman dan ilmu-ilmu yang aku dapat
daripada bekas-bekas guruku. Terima kasih, cikgu.
Teks Pidato Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2021 |
Assalamualaikum, warohmatullah hiwabarokatuh. Saya panjatkan hormat kepada Pengacara Majlis, Para
Hakim yang bijaksana, guru- guru dan rakan-rakan. Minda cerdas selalu bersukan, Badan sihat tenaga mantap; Covid-19 harus dihapuskan; Rakyat sihat ekonomi tegap. "VIRUS COVID MENJEJASKAN SOSIOEKONOMI
NEGARA" adalah tajuk pidato
saya pada hari ini. Saya …………………………………………………. dari SK Seri Gading. Guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian, Dunia telah menjadi gempar pada penghujung tahun
2019 kerana virus covid-19. Beribu-ribu nyawa telah terkorban kerana pandemic
ini. Pakar-pakar perubatan menyatakan, virus merbahaya
ini mula dikesan di wilayah Wuhan,
China dan ia boleh merebak dengan
cepat tanpa disedari. Selain itu, penularan virus ini telah
mengakibatkan pelbagai implikasi
negatif kepada seluruh dunia termasuk Malaysia. Pengumuman Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengisytiharkan wabak ini sebagai pandemik telah
menguatkan lagi bukti bahawa virus ini sangat merbahaya. Di Malaysia, statistik jumlah jangkitan dan kematian
yang dikeluarkan oleh KKM(Kementerian Kesihatan Malaysia) telah mendorong Yang berbahagia Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyidin
Yasin untuk mengumumkan
pelbagai langkah berjaga-jaga semenjak pertengahan Mac 2020 hingga
sekarang. Sebagai contoh, perintah kawalan pergerakan yang
ketat dengan sentiasa duduk di rumah, memakai topeng muka di tempat-tempat
awam, sentiasa bersenam, jaga pemakanan dan peka pada penjarakan sosial. Guru- guru dan rakan-rakan yang saya sanjungi, Hakikatnya, virus COVID-19 ialah
satu malapetaka yang bukan sahaja menggugat kitaran kehidupan seharian
manusia malahan telah menjejaskan sosioekonomi sesebuah negara. Bagaimanakah COVID-19 dikatakan
menjejaskan sosioeknomi sesebuah negara? Begini, di Malaysia, analisis daripada pakar
perubatan KKM menyatakan bahawa virus
covid boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang sehingga jangka masa yang
panjang iaitu boleh melebihi 14 hingga 21 hari. Pesakit boleh maut jika tidak segera
mendapatkan rawatan. Kesannya, apabila ramai tenaga kerja tidak produktif
kerana masalah kesihatan, sektor perkhidmatan, pengeluaran dan pergerakan
keluar masuk barangan keperluan menjadi terhad. Akhirnya, sosioekonomi
sesebuah negara akan terjejas. Para Hakim dan hadirin yang saya kasihi, Kemunculan virus covid-19 telah mewujudkan suasana
panik di seluruh dunia kerana WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) telah
memperakukan bahawa virus corona adalah pandemik atau wabak yang
merbahaya. Contoh utama yang diberikan
ialah negara Itali dengan peningkatan drastik kadar jangkitan dan kematian
iaitu lebih 4 juta angka jangkitan dan 127, 418 jumlah kematian sehingga Jun
2021. Data ini telah mewujudkan kebimbangan yang
menyeluruh kepada rakyatnya dan kerajaan mereka terpaksa memperhebatkan
perintah kawalan pergerakan. Akibatnya, semua sektor ekonomi termasuk
barangan dan perkhidmatan di negara tersebut merudum dan lumpuh kerana
kitaran ekonomi yang tidak stabil, tiada pelaburan asing dan para pelancong.
Malahan, kerajaan terpaksa mencari sumber untuk menyalurkan bantuan domestik
kepada rakyatnya. Para hadirin yang mulia, Satu perspektif yang jelas ialah
wabak Covid-19 ini telah meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan pada waktu
yang sama berlaku penurunan perolehan kerajaan sesebuah negara. Kerajaan sukar mengimbangi defisit yang
berlaku kerana terpaksa menanggung kos perubatan yang sangat tinggi. Contohnya,
kos melakukan kajian dengan membeli alatan-alatan berteknologi tinggi,
melaksanakan langkah pencegahan dan membeli ubat-ubatan bagi rawatan
pesakit-pesakit covid-19. Di Malaysia,
IMR (Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit, Institut Penyelidikan Perubatan,
KKM) dan rangkaian makmal swasta mengesahkan kos yang terpaksa ditanggung
oleh kerajaan. Sebagai
kesimpulan, virus COVID-19 sangat merbahaya. Virus ini telah meragut banyak
nyawa manusia dan meruntuhkan sosioekonomi sesebuah negara. Ayuh, banteras
penularan covid-19 dengan menjaga kebersihan dalam semua aspek kehidupan
seharian seperti yang dituntut oleh agama. “Bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh”. Sekian, terima kasih. |
Penulis Teks: Cikgu Mohd Azhar Bin Abdul Karim Penulis Teks Asal: Tidak diketahui |
PANDUAN
UMUM |
HURAIAN
ASAS |
Teks
Pidato |
Hafal dulu
baru berlatih Ulang-
ulang depan cermin/camera hp dengan gaya tangan, kepala dan memek muka. 'Stress' dan
kuatkan isi-isi utama. Mesti ikut
peruntukan masa, + - 30 saat. |
Penilaian |
Lihat audio
video, kelancaran, gaya dan isi. |
Membentuk Keyakinan |
Perlahan-lahan ramaikan ‘udience’ untuk hilangkan gemuruh dan tingkatkan keyakinan. Kalau online masalah ‘nervous’ mungkin agak kurang. Jika tiada ada pengalaman, peluh dingin dan ketar berlaku. Boleh lupa hafalan dalam kepala secara tiba-tiba. Latihan sangat penting. |
Pidato Spontan |
Dengar
soalan baik-baik Sebut
terima kasih kepada penyoal soalan dan barulah jawab. Minta
ulang soalan jika kurang jelas. |
Soalan |
1.
Adakah? Jawab: Ya/Tidak……..kerana 2.
Setuju atau tidak? Jawab: Setuju…..kerana Tidak
setuju……kerana |
Comments
Post a Comment