Posts

Showing posts from January, 2022
Image
TERIMA KASIH COVID - 19 : PORT DICKSON (KAMI BERKUMPUL SEMASA CUTI SEKOLAH PADA  21 2223122021) Pada 21 Disember, seawal 6.30 pagi aku dan isteri dah masukkan beg dan pelbagai kelengkapan lain  dalam  kereta. Aku hantar maklumat dalam ‘family whatsapp,’ “Ok, A.ha on the way ke Parit Sempadan untuk mengambil Balqis, Ain dan Qaseh. A.ha terus ke Port Dickson. Jumpa kat sana.” Ahli keluarga aku semua tahu, aku memang suka memulakan perjalanan awal-awal bagi. Kesegaran lepas mandi, jalan yang lengang, suasana sejuk berembun, Pak-Pak Aji baru balik Mussola, deretan lori penghantar barang-barang ke seluruh semenanjung sangat memberi semangat kepada aku untuk memulakan hari dan melihat keindahan persekitaran sepanjang perjalanan. Pemanduan aku tidak menghadapi sebarang masalah. Lebih kurang 10.45 pagi kami bertemu di Pantai Port Dickson. Berkumpul dengan hati yang sangat riang kerana hampir dua tahun tak makan sama-sama, borak-borak dan membuat aktiviti. “Jom rehat-rehat dalam 30 minit, tengo