5. AKU SEORANG CIKGU:  29 JUN 2021.

Pengayaan Bahasa Melayu juga diakronimkan menjadi HOTs atau KBAT. Objektif utamanya ialah memberi latihan, info dan aktiviti tambahan yang melepasi zon pemikiran murid-murid arus perdana. Murid-murid ini selalunya dapat menyiapkan tugasan atau latihan dengan cepat. Jadi, cara untuk mengawal dan terus-terusan membimbing mereka ialah dengan memberi pengayaan. Selain itu, guru-guru juga sering memberi ruang untuk mereka melakukan aktiviti sendiri yang mereka gemari seperti melukis, mewarna, membaca buku-buku cerita dan menyiapkan tugasan-tugasan lain. Kerap juga saya meminta murid-murid ini membimbing rakan-rakan sekelas yang belum selesai tugasan semasa supaya ada rasa kekitaan antara mereka. Mereka seronok dan pemupukan sifat menolong berlaku.

Jadi, hari ni saya masukkan satu slaid pengayaan yang saya buat dalam bentuk Power Point. Cerita sikit pasal Microsoft Power Point. Saya belajar sikit-sikit tentang Power Point ni pada tahun 2001. Kemudian, apabila ETeMS atau PPSMI diperkenalkan pada tahun 2003 oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad, saya mula serius mempelajarinya.


Alamak, ETeMS Best! Cadangan Tun Dr.Mahathir dipersetujui dan kerajaan melalui KPM di bawah Dato' Sri Hishamuddin Tun Hussein Onn memperuntukan sejumlah wang dan prasarana untuk merealisasikannya. Ramai guru terlibat dan dihantar berkursus untuk memperkasakan Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris seawal Darjah 1. Seronok berkursus, berkohot-kohot, kenyang makan sampai 5X. Selain di sekolah-sekolah, full-immersion(final stage) di hotel-hotel sama ada dalam negeri atau luar negeri seperti di Melaka dan Kuala Lumpur. Hari-hari power point, hyperlinks, downloads, modules, cut and paste, impromptu presentations, and group presentations.  Hi........hi.......hi........Gelak betul sebab hari-hari cakap Melayu dan sekarang semua kena cakap Bahasa Inggeris. Slang Jawa ada, slang Banjar ada, slang Tamil ada dan slang Mandarin pun ada. Memang kelakar. Belajar dan saling bekerjasama untuk mengimplementasikan hasrat kerajaan.  "Malam, awak dibenarkan beraktiviti atau membeli-belah di Banadar Melaka, tapi sesekali cikgu-cikgu akan ada schedule untuk malam ya", ketua Moderator menyampaiakan maklumat selepas habis sesi petang.



Comments

Popular posts from this blog

BAHASA MELAYU: ASAS 3M + 2M

BAHASA MELAYU: TAHAP 1