6. AKU SEORANG CIKGU: 11 JULAI 2021.
KOKURIKULUM: “KESIHATAN, KECERGASAN DAN
KECERDASAN ADALAH 1 CARA HIDUP”.
Hari ni aku nak cerita pasal kokurikulum yang merangkumi sukan permainan, sukan acara balapan dan padang serta pasukan unit beruniform. Bidang permainan dan sukan padang telah sedia wujud semenjak zaman pre-merdeka lagi yang mana pada mulanya sebagai aktiviti kecergasan dan kecerdasan pada masa lapang dan kemudian dijadikan pertandingan-pertandingan untuk memeriahkan suasana. Pasukan unit uniform pula wujud sebagai pertolongan sewaktu bencana, kecemasan dan keselamatan. Sebagai contoh, permainan bola sepak pertama kali dimainkan semenjak pertengahan abad ke-19 di England. Malahan, Sukan Olimpik bermula pada 1896 yang diadakan setiap empat tahun kecuali sewaktu Perang Dunia. Kepentingan 3 pecahan bidang kokurikulum ini sangat penting dan wujud di setiap sekolah rendah mahupun menengah, kolej-kolej, universiti-universiti dan dalam kebanyakan jabatan swasta dan kerajaan. Seawal sekolah rendah, murid-murid perlu mempelajarinya daripada guru-guru yang bertauliah dan mahir. Pertama, tujuannya ialah untuk memilih murid-murid yang mahu dan berbakat untuk menerajui pasukan sekolah, membuat persembahan dan mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan. Kedua, memberi semua murid ilmu dan pendedahan tentang sukan seperti 1M1S. Kewujudan 1M1S adalah kerana dominasi murid-murid Rohaz1 dan kekurangan aspek intelek dalam pengurusan sukan. Kebanyakan murid-murid Rohaz1 hanya menumpukan kepada bermain sahaja dan tidak cuba mengaplikasikan skills permainan yang hebat kepada waris-waris akan datang atau kerana ilmu Sains Sukan masih belum berkembang di Malaysia.
Berikut adalah contoh ‘ELEMEN-ELEMEN TENAGA PENGAJAR’ (EPET) yang saya perincikan berdasarkan pengalaman, pemerhatian, catatan dan info media elektronik mahupun catatan di media massa. Elemen-elemen dalam kumpulan Rohaz di bawah adalah juga sama yang ada pada murid-murid yang sering mengepalai sukan permainan, sukan acara balapan dan padang serta pasukan unit beruniform.
EPET |
Kod & Perincian |
Rohaz
1 |
F1,
T1, C1, Cd2, B1, MP3-4, ME1, D3, SM1
dan KD1 |
Rohaz
2 |
F1,
T2, C2, Cd1, B1, MP2, ME2, D1, SM3 dan KD2 |
Rohaz
3 |
F2,
T2, C2, Cd2, B2, MP2, ME3, D3, SM4 dan KD3 |
Rohaz
4 |
F3,
T3, C3, Cd3, B2, MP2, ME3, D2 dan K3 |
Rohaz
5 |
F3,
T3, C1, Cd1, B1, MP1, ME1, D2 dan K4 |
Rohaz
6 |
F4,
T3, C3, Cd2, B4, MP2, ME4, D2 dan K5 |
Indikator |
F-Fizikal,
T-Tulang, C-Cergas, Cerdas, Bakat, MPelajaran, Minat Ekstrim, Disiplin, Suka Mengamuk, Suka Bersosial dan Kekuatan
Diri. |
Rohaz 1 adalah dalam kalangan guru yang memang
ringan tulang, rajin dan sentiasa menawarkan diri untuk menjayakan bidang ini
dengan sedikit peruntukan yang disediakan. Aspek-aspek lain dan pengurusan masa biasanya terabai
kerana kekangan masa dan kepenatan. Hampir semua guru dan masyarakat memperakui
bahawa bidang kokurikulum memang banyak mengorbankan masa di sekolah. Rohaz 1
sangat berminat dalam bidang ini kerana bakat yang terserlah semenjak zaman
sekolah, kolej dan universiti. Bidang akademik mereka agak kurang tetapi sesetengahnya
melepasi zon selesa kerana bantuan rakan-rakan dan guru-guru. Mereka mempunyai
ramai kawan yang seangkatan dan biasanya guru-guru lelaki berada dalam kelompok
Rohaz1.
Rohaz2 adalah guru-guru yang fleksibel atau
‘easy-going’, juga mempunyai banyak bakat yang terserlah namun sering melihat
kepentingan sesuatu tugas. Suka memberi laluan kerana banyak alternatif dalam mempelbagaikan
minat dan menyerlahkan keupayaan diri. Selalunya berada dalam kelompok Rohaz 1
kerana berani bersaing namun kecemerlangan sering mendapat tentangan hebat daripada
Rohaz1. Keekstriman hanya kadang-kala sahaja wujud. Sering menolong untuk menggantikan
tempat Rohaz1 atas arahan pentadbir dan kadang kala sebaliknya. Pada kebiasaannya,
Rohaz2 mewujudkan sedikit alasan untuk tidak memaksimumkan diri dan berada jauh
daripada kelompok Rohaz1.
Rohaz3 adalah kelompok guru yang suka menolong kerana
ada sifat untuk mempelbagaikan tugas dan biasanya disenangi oleh Rohaz1. Keinginan untuk cemerlang dalam sukan ada dan sering berupaya memaksimum tugas dengan pertolongan Rohaz 1 dan
Rohaz2.
Rohaz 4, Rohaz 5 dan Rohaz 6 tidak cemerlang
dalam bidang kokurikulum kerana kecergasan memungkinkan kecederaan. Mereka ada
minat, suka belajar dan suka membimbing murid-murid dengan ilmu yang ada. Mereka penting dan perlu
dalam bidang-bidang yang memerlukan kesabaran, tiada sifat ekstrim, tidak cepat
marah, lemah lembut, ringan tulang dan sabar. Mereka ini mengaplikasi daya
intelek dengan baik dan sering wujud di belakang tabir. Kewujudan mereka adalah penyeri dan merupakan
pelengkap dalam sesuatu organisasi.
Cerita sikit pasal penyertaan aku dalam bidang kokurikulum.
Bukan menunjuk atau ada niat lain, Lagipun aku taklah secemerlang rakan-rakan sukan yang lain. Cuma
kenangan masa sekolah sangat indah (terlalu Indah) dan perlu aku muatkan di sini
supaya tidak lupa terus. Aku dan rakan-rakan memang banyak terlibat dengan
pelbagai aktiviti kukrikulum dan juga kokurikulum. Datanya entah mana, hanya ingat-ingat
sahaja. Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang memberi pengalaman dan memilih aku
serta kawan-kawan untuk memeriahkan aktiviti-aktiviti dalam plan startegik
sekolah. Cuba teka aku dalam kelompok mana?
KO-KURIKULUM |
||||
PERINGKAT |
PERMAINAN |
OLAHRAGA |
UNIT UNIFORM & PERSATUAN |
CATATAN |
SEKOLAH RENDAH: SK SERI BINJAI, TONGKANG
PECHAH, BATU PAHAT(Pra-Tahun 6:1978-1984) |
||||
Rumah
Sukan Merah |
|
100m,
200m, 4x100m dan 4x400m |
Pengakap
|
*Mengambil bahagian pelbagai aktiviti sekolah. *Perlawanan persahabatan Pasukan Hoki sekolah: SK Bandar SK Limpoon 2 SMK TIGS. *Perkhemahan
sekolah. *Hujung Tahun
6-Rombomgan 1 bas ke Kuala Lumpur. Lawat Angkasapuri, RTM, KTM, Nasjid Negara
dan Pusat Islam. Singgah Bandar Hilir Melaka. |
Sekolah |
Bola sepak (Ke-2
kumpulan)-SK Parit Bilal, Hoki(N.Johan)-SMK High School, Badminton (Pusingan
2)-Dewan JUbli Intan dan S.Takraw(Ke-2 kumpulan)-SK Bindu |
100m,
200m dan 4x100m-SK Parit Bilal |
|
|
Daerah |
4 orang senarai
akhir dan seorang berjaya (Fauzi Bin Hussin) |
|
|
|
Negeri |
Fauzi Bin
Hussin |
|
|
|
Kebangsaan
|
Fauzi Bin Hussin
(Tidak dapat kebenaran penjaga) |
|
|
|
NAMA-NAMA
CEMERLANG SUKAN YANG AKU INGAT: Tahun
6:
Timik , Pidi dan Awang – Senior: Umar,
Hassan, Hussin. Isa dan Umo Putih. Tahun
5:
Zai, Aku, Aris, Piee, Ishak, Jamal, Ajip, Fauzi, Pawzi dan Ronzi *Sampai
Tahun 6 Tahun
4:
Arip, Mamat * Sampai tahun 6. |
||||
SEKOLAH MENENGAH: SMK TONGKANG PECHAH,
BATU 7, BATU PAHAT(T1-T2:1985-1986 |
||||
Rumah
Sukan Merah |
- |
100m 4x100m
|
PBSM |
|
Sekolah |
Bola sepak (Ke-2
kumpulan)-SMK Tongkang Pechah @ SMK Putra |
- |
- |
|
SEKOLAH MENENGAH TUN ISMAIL, PARIT RAJA,
BATU PAHAT(T3-T4:1987-1988) |
||||
Rumah
Sukan Merah |
- |
- |
PBSM |
|
Sekolah |
- |
- |
Syarahan bawah
Panitia Agama Islam-SMK Tun Aminah (Ke-4) |
|
SMK DATO’BENTARA LUAR, BATU PAHAT-(T5:1989) |
||||
Rumah
Sukan Merah |
- |
- |
- |
|
SEKOLAH MENENGAH PERGERAKAN (SWASTA), BATU
PAHAT(T5-Ulang:1990) |
||||
Rumah
Sukan Merah |
- |
- |
- |
|
SEKOLAH MENENGAH MUNSHI SULAIMAN, BATU PAHAT(T6:1991-1992) |
||||
Rumah
Sukan Merah |
|
|
PBSM |
Bola sepak antara
2 kelas Tingkatan 6 |
SHARP ROXY, BATU PAHAT, JOHOR-11 bulan |
||||
Bermain untuk Parts
Control Department *Pemain berbakat
dan hebat untuk Sharp: Anand dan Zamry. |
||||
Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan,
Pahang(2 ½ tahun:1994-1996-Sijil) |
||||
Unit
PM3 MPTAA |
Badminton-Naib
Johan Perseorangan *Kalah dengan
Pensyarah- En.Mat |
- |
Tukar PBSM ke
Pengakap |
Mengambil
bahagian pelbagai aktiviti unit |
Maktab
|
Badminton-N-2
(Zon
Tengah di MP Kota Baharu) Hoki-N-2
(Zon
Tengah di MP Batu Rakit) |
- |
Pengakap- Manik Kayu 3 Tugas Manik Kayu
4 selepas graduate |
Mengambil
bahagian pelbagai aktiviti Unit PM3 |
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA & UNIVERSITI
TERBUKA MALAYSIA-Ijazah |
||||
Fakulti
Pendidikan |
- |
- |
- |
|
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, JOHOR BAHRU-Master |
||||
Fakulti
Pendidikan |
- |
- |
- |
Bersenam di
padang UTM bersama isteri. |
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, GOMBAK,
SELANGOR-PHD |
||||
Fakulti
Pendidikan |
- |
- |
- |
Masih belajar |
“JIKA ANDA CEMERLANG, PASTIKAN
GENERASI ANDA JUGA CEMERLANG, PINTASAN ADALAH MATLAMAT SEMUA ORANG. SIAPA?
MENGAPA? DAN BAGAIMANA? JAWAPANNYA IALAH PERTAHANKAN DAN BUKAN SEKADAR KENANGAN
MASA LAMPAU. JIKA KALAH, TERIMA DENGAN HATI TERBUKA DAN BANGKIT UNTUK TERUS
MENGEJAR KECEMERLANGAN”.
Apa sepatutnya saya buat? Bagi mereka ilmu, pengalaman
dan jika mereka cemerlang, mengapa tidak untuk menobatkan mereka dengan gelaran
itu. Apa yang penting ialah fokus terhadap sesuatu bidang disamping mempelbagaikan
kemahiran dengan meningkatkan keintelektualan dari masa ke semasa. Malah,
bidang ko-kurikulum telahpun menjanjikan peluang kerjaya yang lumayan pada masa
sekarang sama ada dalam aspek pengurusan sukan atau terus-terusan mempamer
kehebatan sebagai pencorak watak kerana ‘KESIHATAN, KECERGASAN DAN KECERDASAN
ADALAH 1 CARA HIDUP”.
Comments
Post a Comment