KL LAGI.
CUTI 3 MINGGU 9.12.22 - 31.12.22
MINGGU 1:
Rehat kat rumah sahaja sebab abang Din (abang tiri) aku mengadakan majlis walimatulurus untuk anak lelaki sulungnya. Semua ahli keluarga balik termasuk adik beradik kandung aku. Memang meriah dan kami seperti biasa meringankan tulang untuk menyempurnakan majlis tersebut.
MINGGU 2:
Banyak perkara nak settle sebab hujung tahun 2022. Contohnya, roadtax kereta, cat kereta, repair rumah, settle dan kemas kini file life insurans rakan-rakan dan macam-macam lagi.
Agak-agak rasa lapang aje, akupun mula KENYIT MATA dengan isteri dan kata 'jom' round KL lepas hantar Afiq. Afiq anak sedara yg agak lain sikit. Afiq suka melayan sedara di kampung. Abang Din suka tengok gelagat Afiq. Walaupun masih kecil dan keanak-anakan tapi naluri dan pemikirannya agak keibuan.
Sesekali, bila tengok dia MENGAMUK apabila kena usik dengan abang dan kakaknya, alamak.........boleh loss control anak kecil buah hati aku ni. Sama seperti yang lain jugak, aku semampunya melayan karenah mereka.
Dalam perjalanan ke Semenyih, aku singgah kejap tengok bapa mertua Uji yang kurang sihat kat rumah iparnya di Seremban. Pak cik Hussin dan arwah isterinya sangat baik dan peramah orangnya. Selalu nak belanja makan itu dan ini kalau aku dan isteri singgah rumah kat Kucai Lama. Jadi, bila lama tak tengok wajahnya, terasa rindu. Alhandulillah, masih sihat. Kesan daripada jatuh menyebabkan kakinya cedera dan mengalami simptom lupa-lupa ingat. Kami borak-borak dengan keluarga ipar Uji lebih kurang 1 jam dan bergegas memandu semula.
"Dah sampai Semenyih, bangun. Mama rindu kau tu," aku suruh isteri kejut Afiq yang nampak kepenatan. Selamba aje dia. "Assalamualaikum, mama....," suara jeritan Afiq.
Dengan gopoh-gapah Afiq masuk rumah dan melabuhkan badannya atas sofa. Aiman dan Husna keluar bilik dan menyakat Afiq sambil senyum panjang(rindulah tu). Amani si kecil molek memang kuat celoteh. Aku semakin senang tengok gelagatnya sebab kecik-kecik dulu dia tak suka tengok aku. Bila aku kacau sikit je, terus jerit kuat-kuat.
"Oklah, uncle nak rehat, petang karang baru makan," aku bagitahu mama Afiq(Uji) yang tak sabar-sabar ajak makan bersama.
Borak-borak sambil makan, banyak berkisar tentang cara mengendalikan rutin harian anak-anak. Isteri aku pulak, seronok mendengar Uji bercerita.
Petangnya kami 'window shopping' di AEON BIG Semenyih dan malamnya berehat saje sambil menonton tv.
Esoknya selepas sarapan, borak sikit2 dan memberi perangsang kepada anak-anak saudara, akupun 'chow' ke Puchong, rumah sewa adik bongsuku.
Betul-betul tengah hari aku sampai. "Hai, untie!"anak saudaraku Iman yang agak jambu dan kuat celoteh menyapa di hadapan pintu. "Unclelah, untie pulak,"aku masuk dan terus rehatkan badan. Hidangan ringan dah siap atas
meja. "Adussss.........macam mana perut aku tak buncit."
"A.ha dan k.ita nak pergi mana malam ni? Jom, jalan-jalan Bukit Bintang dan Putrajaya. Nanti adik ajak Sharul drive. Sebelum tu.............., cari gerai untuk makan malam kat kawasan sekitarnya," adik bongsuku mengajak.
Kawasan Bukit Bintang terang-benderang, sesak dan jem. Ramai penganut Kristian berpusu-pusu ke situ nak menyambut Krismas bersama keluarga dan sahabat handai mereka.
Putrajaya pulak memang tersusun dan sangat cantik pada waktu malam.
Dulu, aku dan isteri datang waktu siang. Rasa-rasanya, kali ketiga kami ke sini. Pembukaan kawasan baru PENTADBIRAN KERAJAAN dan penempatan berkelompok secara terancang adalah 1 keputusan tepat kerajaan menghabiskan berbilion-bilion ringgit wang rakyat untuk memajukan kawasan ini.
Dulu, aku dan isteri datang waktu siang. Rasa-rasanya, kali ketiga kami ke sini. Pembukaan kawasan baru PENTADBIRAN KERAJAAN dan penempatan berkelompok secara terancang adalah 1 keputusan tepat kerajaan menghabiskan berbilion-bilion ringgit wang rakyat untuk memajukan kawasan ini.
PUTRAJAYA yang juga sesak dengan
Esoknya, aku dan isteri merancang untuk window shopping di KLCC, jalan-jalan di kawasan sekitarnya dengan check-in hotel di kawasan Chow-Kit 1 @ 2 hari.
"Ya, nasi kandar KL branches Penang sedap tapi harganya mahal sangat," teringat ayat adik ipar aku Sharul.
Bandar lama KL kawasan Chow Kit tak banyak tarikan namun landskap sekitarnya mampu menarik pengunjung untuk menelusuri setiap inci kawasan hingga ke KLCC. Restoran2 dan pelbagai gerai makan selera tempatan dan antarabangsa dengan dekorasi kontemporari dan semi tradisional mengentikan langkah perjalanan untuk membasahkan tekak. "Wah, best jugak round KL ni, 1 hari tak cukup," aku bersuara.
Comments
Post a Comment