AIDILADHA: PENGORBANAN & KESYUKURAN

Ada tertulis dengan jelas yang mana Allah s.w.t. mengiktitaf  dua perayaan utama umat Islam pada setiap tahun Hijrah iaitu AIDILFITRI  pada Syawal & AIDILADHA  pada 10 Zulhijjah. Kedua-dua perayaan ini  adalah penzahiran kegembiraan umat Islam terhadap  kebesaran nikmat-Nya. Sebenarnya, pelbagai hikmah  wujud di sebalik kedua-dua perayaan ini melalui sejarah tersurat juga mengeksploitasi ketersiratannya bagi kesesuaian zaman.  Antara hikmah yang mendepani perayaan aidiladha ialah:
1. Perayaan aidiladha adalah untuk meraikan umat Islam yang berjaya pergi menunaikan ibadah haji 
2. Perayaan aidiladha adalah untuk mendoakan umat Islam yang pergi menunaikan ibadah haji supaya mendapat haji mabrur dan selamat kembali supaya tidak meninggalkan waris-waris menjadi yatim dan terkontang-kanting dengan pelbagai bebanan
3. Perayaan aidiladha adalah untuk menzahirkan ingatan tentang kisah Nabi Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail dengan menyembelih haiwan korban. 
4. Perayaan aidiladha adalah untuk memanjatkan kesyukuran kerana dapat berehat dan berkumpul bersama ahli keluarga.
5. Perayaan aidiladha adalah untuk berziarah, bertanya khabar dan melapangkan fikiran.
6. Perayaan aidiladha adalah peluang untuk bergembira dengan batas-batas kesederhanaan bersama semua. 








Comments

Popular posts from this blog

BAHASA MELAYU: TAHAP 1

SYAB HARI INI

BSMM-BULAN SABIT MERAH MALAYSIA.