PENTING
PROGRAM-PROGRAM SEKOLAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ni aku nak kongsi tentang pelbagai program yang dijalankan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia terutamanya di sekolah KEBANGSAAN. Mengapa? Sebab zaman aku bersekolah sekitar 1978 - 1984, 1985 - 1989, 1990, 1991 - 1992 & 1994 - 1996 di MPTAA,  aku antara murid-murid atau pelajar-pelajar yang aktif  dan sering menjadi pilihan cikgu-cikgu untuk beraksi dalam pelbagai program akademik, sukan dan juga permainan. Selalunya sampai  ke peringkat zon ke MSSC aje. Susah nak lepas ke peringkat daerah sebab sekolah luar bandar selalunya kurang kemudahan dan budjet untuk menghantar ramai peserta meneruskan  latihan di bandar.

Apabila aku menjadi cikgu di  sekolah-sekolah naungan KPM,  program-program yang pernah aku dan rakan-rakan turut serta dulu masih segar dan mekar dimanisfestasikan dengan penyuntikan elemen-elemen moden di zaman teknologi kini. 

 Aku berpendapat bahawa, setelah hampir 26 tahun mengajar, pengalaman menjadi sebahagian daripada watak untuk memeriahkan pelbagai program perlu dikongsi. Malahan, ada juga aku sertakan  komen-komen membina dan luahan bapa ibu sama ada secara 'direct' atau dapatan  di media-media. Objektifnya ialah balik kepada falsapah pendidikan negara 'MELAHIRKAN INSAN SEIMBANG.'
Cuba bayangkan jika di setiap sekolah ada 10 mata pelajaran,  5 persatuan, 4 badan beruniform dan 6 jenis permainan yang kesemuanya ada pecahan peruntukan masing-masing. Namun, itu bukan matlamatnya kerana semua warga sekolah dan PIBG saling berganding untuk melengkapkan dana.
Mesti semua dapat meneka. Jom, sama-sama ke program-program.

PROGRAM PERLU:
Aku maknakan sebagai program wajib kerana mengambil kira pelbagai aspek seperti perpaduan dan  kerohanian. Biasanya mengambil masa 1 hari penuh. Program-programnya juga wujud sejak sekian lama. Semua bekerjasama, seronok dan meriah kerana sesekali keluar dari fokus akademik untuk bersosialisasi.

a. Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru China,       
    Deepavali dll dengan menjujuk dasar nisbah murid-murid.
b. Sambutan Hari Murid-murid/Pelajar-pelajar
c. Sambutan Hari Guru
d. Sambutan Hari/Bulan Kemerdekaan
e. Sambutan Hari Sukan Sekolah
f.  Sambutan Hari Kokurikulum (Hari Sukan Negara)
   1.Program Persatuan/Panitia    
       Berbentuk  Akademik (S1)
     2. Program Badan Uniform (S2)
     3. Program Sukan Permainan (S3)
g. Sambutan Bulan Ramadhan (Muslim)
h. Sambutan Maulidurrasul (Muslim)
i.  

PROGRAM SAMPINGAN:
Aku meletakkan  faktor budjet, masa dan keperluan sebagai sebab utama  program-program seperti ini.  Rangkuman setiap program biasanya mengambil masa 1 hari (dalam program perlu).  Contohnya, beberapa aktiviti program sambutan kemerdekaan, aktiviti-aktiviti program sukan negara dan program-program panitia yang lain.  Faktanya jelas, program-program dijalankan adalah mengikut   bidang-bidang sama ada berbentuk  akademik @ kokurikulum yang mempunyai  banyak pecahan-pecahannya serta boleh berbentuk gabung jalin atau penyerapan dalam mata pelajaran yang berkaitan.  Program-program seperti ini biasanya mengambil tempat pada:
a. Hari persekolahan (Kod: H1)
b. Lepas waktu sekolah (Kod: H2)
c. Program hujung minggu (Kod: H3)
d. Program cuti (Kod: H4)

PROGRAM GABUNGJALIN:
Apa makna program gabungjalin? Maknanya ialah menggabungkan pelbagai mata pelajaran dalam satu mata pelajaran utama yang saling berkaitan. Di sini, apa jua program sekolah sudah tentu untuk memberi input berguna bagi perkembangan murid-murid. Jadi, program-program yang tidak mengambil masa yang lama (30m-60m) boleh diselitkan sewaktu mengajar sesuatu mata pelajaran atau guru gabungjalinkan bersama-sama. Berikut ialah contoh-contoh programnya:
       a. Amalan Gaya Hidup Sihat(Panitia
           PJK-Mewarna)-H1
        b. Kem Bestari Solat(Panitia Agama
            Islam)-H1

PROGRAM PENYERAPAN:
Maknanya hampir sama dengan gabungjalin. Beza yang ini ialah isi-isi mata pelajaran lain boleh atau tidak merentas objektif pelajaran utama. Dalam aspek program, adakah isi mata pelajaran Bahasa Melayu bersangkut paut dengan isi mata pelajaran Pendidikan Islam. Jika jawapannya ya, maka objektif tercapai.  Jadi guru-guru boleh kaitkan apa juga maklumat subjek-subjek dalam program mata pelajaran Bahasa Melayu. Contohnya, kuiz mata pelajaran Bahasa Melayu bertajuk 'Pertanian & Penternakan  memasukkan hadis@ ayat Al-Quran mengenainya. Bagaimana kalian rasa? Semakin terperincikan?

LAIN-LAIN PROGRAM:
a. Hari Sukan Negara: 26.10.22 (7.30am - 12.30tgh)-H1
b. Hari Sukan Negara-S.Rakyat: 2. 11. 22 (8.00am - 12.00 tgh)-H1
c. Program Kesihatan (PJK): 3.11.22 (10am-12.30tgh)-H1
d. Program STEM: 21.11.22-23.11.22 -H1

KESAN KETARA:
1. Apabila terlalu banyak program seperti ini, murid-murid penat, masa ulang kaji dan buat kerja sekolah hampir sukar pecahannya,  banyak tajuk mata pelajaran utama akan terabai dan  tidak berjaya dihabiskan sehingga hujung tahun persekolahan. 
2. Sesi pembelajaran bersemuka yang MATLAMAT UTAMANYA membentuk murid-murid/pelajar-pelajar untuk mengeluarkan buah fikiran secara berhemah juga terbatas. 

3. Memang NYATA & TERBUKTI:
    a. Sebilangan murid dan mereka sahaja yang mendominasi aktiviti ko-akademik
     b. Sebilangan kecil sahaja yang BOLEH MENDOMINASI kedua-dua bidang(akademik & ko-akademik)
     c. Setiap murid ada KEKUATAN TERSENDIRI yang perlu bimbingan ayah, ibu dan guru-guru untuk menyerlahkan potensi mereka
      d. FOKUS kepada satu bidang sahaja sama ada akademik, sukan atau kemahiran-kemahiran tertentu dapat menjamin masa depan yang cemerlang.

4.  Murid yang tidak dapat bimbingan secukupnya akan  kurang input kecuali mereka sentiasa dipupuk  melalui strategi ' Proaktif Sedar Kendiri.'
5. Budjet bertambah walaupun peruntukan telah sedia ada. 
6. Dapat meyumbang kepada PERBELANJAAN KERAJAAN yang lain jika perbelanjaan berjaya dijimatkan.

CADANGAN:
1. Murid-murid buat aktiviti di rumah dan ada tempoh masa untuk menghantarnya. 
2. Satukan setiap program kecil dengan menjalankan setiap aktiviti secara serentak selama 1@2 hari. Pada akhir bulan, buat sambutan. 
Contoh: SAMBUTAN HARI KO-KURIKULUM SEKOLAH. 

Pada aku, objektif di atas boleh  dioptimakan jika semua program ada 'Plan Strategik' dan mengikut garis panduan yang tetap. Walaubagaimanapun, aspek fleksibeliti perlu dalam kitaran pertimbangan wajar. 

JALAN ATUR PELBAGAI PROGRAM & PELBAGAI PERSEDIAAN:
1. Tentunya kertas CADANGAN dengan pelbagai pengisian
2. Budjet 
3. Jika ada penaja, hanya tolong sahaja dengan penyediaan peralatan, tempat dan sebagainya. Sedikit penghargaan akan diterima.

APA MURID-MURID DAPAT?
1. Murid-murid dapat merasai SENDIRI pengalaman jika program-program menyediakan pelbagai aktiviti.
2. Mesti ada salah satu objektif di bawah atau kesemuanya



LAIN-LAIN CONTOH:
Kursus Asas Mentoring Aku

HARI 1:
Masa:
Tarikh:
JAP: Datang daftar

Masa:
Tarikh:
JAP: 1. Masuk dewan dan menonton sepintas lalu inti
2. Rehat-kopi
3. Draf: Pra - Masa - Penutup untuk semua

Masa:
Tarikh:
JAP:  Slot 1 apa & siapa?

Masa:
Tarikh:
JAP:  Slot 2 apa dan siapa?

Masa:
Tarikh:
JAP:  Makan tengah hari  & solat

Masa:
Tarikh:
JAP:  Slot 3 apa & siapa?

Masa:
Tarikh:
JAP:  Slot 4 apa & siapa?

Masa:
Tarikh:
JAP:  1. Kemuskilan & Jawapan
2. Penutup hari 1 & pulang.

HARI KE-2:
Masa:
Tarikh:
JAP:  Slot  1 apa & siapa?
TAJUK: Anda sihat  anda cerdas & cergas

Masa:
Tarikh:
JAP:  Slot 2 apa & siapa?
TAJUK: Kejurulatihan & Kepegawaian

Masa:
Tarikh:
JAP:  1. Slot 3 apa & siapa?
2. Pertandingan & aturan
3. Bertuahnya anda

Masa:
Tarikh:
JAP:  Rumusan program
1. Persoalan & Jawapan
2. Penutup & bersurai.

* Laporan program. 

Comments

Popular posts from this blog

BAHASA MELAYU: ASAS 3M + 2M

BAHASA MELAYU: TAHAP 1