Alhamdulillah. Terlalu banyak kata-kata semangat yang aku suka. Kata-kata ini datang dalam pelbagai bahasa dan daripada ilmuan-ilmuan Islam juga ilmuan-ilmuan barat. Kata-kata ini selalunya bertindak sebagai perangsang atau motivasi kepada seseorang. Jadi, sewaktu aku tidak membuat apa-apa tugas, kekadang aku baca dan dengar menggunakan alat medium elektronik yang sentiasa ada di tangan. Yang pasti, aku akan mengaitkannya dengan ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan juga ungkapan-ungkapan emas para ilmuan Islam yang ada, semenjak dahulu hingga sekarang. Sebenarnya, banyak persamaan antara peradaban timur dan peradaban barat. Memang benarlah kata-kata ini merupakan proses pengulangan dari generasi ke generasi yang banyak memberi makna dan kebaikan untuk manusia sejagat. Jika diteliti, bait-baitnya semakin pelbagai dan elemen puitis tetap ada. Matlamatnya apa? Sudah tentu suntikan semangat untuk terus bergerak menuju kejayaan mengikut cita-cita yang tersemat dalam di
Comments
Post a Comment