PENGAKAP MALAYSIA



 
Pergerakan Pengakap diasaskan oleh seorang bangsa Inggeris bernama Robert Stehenson Smyth Baden Powell atau BP. Beliau menggunakan pengalamannya semasa peperangan untuk menubuhkan pergerakan ini. Ahli-ahli pergerakan pengakap perlu belajar dan berlatih berkhemah,  memasak, memerhati, mengembara, bersampan(kenu, kayak, dsb), menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malam hari pula perlu membuat unggun api sebagai  kawalan kawasan sekitar dan berjaga malam. Ramai kanak-kanak dan orang dewasa  berasa pergerakan ini sangat memberi manfaat. Mereka secara sukarela terdorong untuk turut serta sebagai ahli. 
Kesannya,   pergerakan ini tersebar ke seluruh dunia dengan cepat hingga ke Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,  persekutuan ini telah diterima sebagai ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964 Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan.
































Comments

Popular posts from this blog

BAHASA MELAYU: TAHAP 1

SYAB HARI INI

BSMM-BULAN SABIT MERAH MALAYSIA.