SYAB HARI INI
Alhamdulillah, t erlalu banyak kata-kata semangat yang aku suka. Kata-kata ini datang dalam pelbagai bahasa dan daripada ilmuan-ilmuan Islam juga ilmuan-ilmuan barat. Kata-kata ini dalam bentuk bait-bait tulisan dan juga video dan selalunya bertindak sebagai perangsang atau motivasi kepada seseorang. Jadi, sewaktu aku tidak membuat apa-apa tugas, kekadang aku baca dan dengar menggunakan alat medium elektronik yang sentiasa ada di tangan. 'Yang pasti aku takkan lupakan cinta' (gist)nya dan akan mengaitkannya dengan ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis Rasulullah s.a.w., tauladan peristiwa penolong-penolong Allah s.w.t. pada masa lalu, dan ungkapan-ungkapan emas para ilmuan Islam yang ada semenjak dahulu hingga sekarang. Sebenarnya, banyak persamaan antara peradaban timur, peradaban barat, peradaban utara dan peradaban selatan. Sebabnya, apabila diteliti betul-betul memang benar kata-kata tersebut merupakan proses pengulangan dari generasi ke generasi, penuh makna dan ...