Posts

Showing posts from June, 2013

Redang, Oh Redang.

Image
Assalammualaikum w.b.t. ‘Pulau Redang’ yang indah. Pagi ni aku dan isteri baru sahaja lepas sarapan, dah siap kemas   nak balik ke Jeti Merang dan terus ke Kuantan. Percutian yang menyeronokkan selama 2 malam 3 hari di Redang Lagoon berakhir. Sistem di sini boleh dikatakan ala-ala ‘Nature Chalet’ gitu. Banyak aktiviti yang disetkan dan ‘own leisure activities’dapat dilakukan terutamanya snorkeling. Lagipun, aku berdua ikut pakej yang disediakan. ‘Surf’ sahaja laman web, macam-macam pakej ada dan aku kategorikan sebagai percutian untuk ‘middle class’ lah ni. Kami berdua bertolak dari Batu Pahat Johor pada petang Jumaat 31 Mei 2013 menuju ke arah Kuantan. Sepanjang perjalanan kami singgah beberapa kali untuk makan dan menghilangkan penat seketika di gerai-gerai yang bersepah-sepah di tepi jalan. Tabiat aku pulak suka memandu dalam keradaan santai dan isteripun dah faham. Disebabkan pemanduan kami menempuh suasana malam, jadi, persekitaran pemandangan tidaklah begitu mena...