Redang, Oh Redang.
Assalammualaikum w.b.t.
‘Pulau Redang’ yang indah. Pagi ni aku dan isteri baru sahaja lepas sarapan, dah siap kemas nak balik ke Jeti Merang dan terus ke Kuantan. Percutian yang menyeronokkan selama 2 malam 3 hari di Redang Lagoon berakhir. Sistem di sini boleh dikatakan ala-ala ‘Nature Chalet’ gitu. Banyak aktiviti yang disetkan dan ‘own leisure activities’dapat dilakukan terutamanya snorkeling. Lagipun, aku berdua ikut pakej yang disediakan. ‘Surf’ sahaja laman web, macam-macam pakej ada dan aku kategorikan sebagai percutian untuk ‘middle class’ lah ni.
Kami berdua bertolak dari Batu Pahat Johor pada petang Jumaat 31 Mei 2013 menuju ke arah Kuantan. Sepanjang perjalanan kami singgah beberapa kali untuk makan dan menghilangkan penat seketika di gerai-gerai yang bersepah-sepah di tepi jalan. Tabiat aku pulak suka memandu dalam keradaan santai dan isteripun dah faham. Disebabkan pemanduan kami menempuh suasana malam, jadi, persekitaran pemandangan tidaklah begitu menarik, semuanya gelap kecuali kenderaan-kenderaan yang bertali arus. Kemeriahan hanya dapat dilihat apabila melalui bandar-bandar utama dan pekan-pekan kecil. Kami tiba di Kuantan lebih kurang pukul 1.00 pagi dan bermalam di rumah adik aku nombor tiga. Dia bekerja di Kuantan sebagai Pegawai Farmasi dan gajinya lebih tinggi daripada aku. Aku tak kisah, prinsip aku ialah mesti rajin bekerja untuk menyara kehidupan terutamanya untuk mendapatkan keperluan asas kehidupan seperti makanan, pakaian, rumah dan kehendak-kehendak yang lain seperti keperluan pembelajaran anak-anak, kereta, alat solek dan sebagainya. Biasalah, aku terus ‘order’ teh o panas dan kamipun berborak-borak seketika. Lepas tu aku dan isteri masuk tidur bersama. “Uhhhhhhhhhh... penat,”aku mengeluh.
Keesokkannya, selepas sarapan dan melayan ipar serta anak-anak saudara aku yang nakal tu, kami minta izin untuk bertolak ke arah Terengganu. Sasaran kami ialah Pulau Redang. Sedikit maklumat diberikan oleh adik ipar berkaitan laluan yang mudah untuk ke sana. Emm... keropok lekor Terengganu, memang terkenal, aku tak kira... mesti makam banyak-banyak kerana rasa ikannya memang hingga ke sendawa masih ada dan tidak boleh dipertikai. Air nira... aku jarang cuba minum, rasanya sedap dan manis asli. Sesuatu yang aku boleh cadangkan ialah mencari kaedah yang sesuai supaya bau aslinya dan teknik pembungkusan dapat dipertingkatkan. Apa yang pasti apabila meminumnya tidak meloyakan. ‘Sata’ juga sangat terkenal di Terengganu, aku gagal membelinya kerana kami tergesa-gesa untuk terus ke Kuala Terengganu. Dalam hati aku berkata, “Aku akan membelinya apabila bertolak pulang nanti.”
Kami tiba di jeti Kuala Merang kira-kira pukul 3.30 petang. Maklumat yang diterima daripada petugas jeti ialah tiada lagi bot atau feri ke Pulau Redang kerana hari dah petang, lagipun kami hanya berdua sahaja. Kami akur dan membuat tempahan awal untuk perjalanan esok hari. Tanpa berlengah, kamipun mencari hotel budjet di kawasan persekitaran dan alhamdulillah malam tersebut kami menginap di Sutera Beach Resot. Terasa rugi, maklumlah check in pukul 5.40 petang dengan harga RM240 dan tak dapat potongan harga kerana sedia maklum cuti sekolah, bilik penginapan sentiasa ‘fully booked.’ Badan terasa letih dan malas untuk meronda di kawasan persekitaran yang banyak dipenuhi oleh chalet budjet serendah RM60.00. Maklumat ini kami perolehi semasa berada di jeti tadi. Keselesaan bilik dan kawasan pantai yang besih, air laut membiru dan pemandangan sesayup mata memandang menjadikan petang dan malam kami di Sutera Beach Resort ada memberi sedikit makna pada percutian ini. Malam tersebut kami tidur dengan lenyak kerana badan terasa penat dan minda telahpun disetkan untuk bangun awal esok pagi.
Telur masak dua biji, mee hoon dan beberapa ‘desserts’ sampingan serta air kopi menjadi menu pagi 2 Jun 2013. Tiada perkataan penat dalam fikiran dan emosi, kunci bilik diserahkan dan terus memandu ke jeti kerana kami perlu berada di sana kurang lebih jam 9.00 pagi. Emmm ... ramai geng percutian telah siap sedia di jeti untuk berlepas rupanya. " Kumpulan Redang Holiday boleh naik ke feri sekarang," terdengar arahan ketua tekong atau ketua pengawal feri. “Belum lagilah, mungin giliran kedua agaknya,” bisik aku dalam hati.
Perkataan pertama yang terpacul daripada mulut aku ialah ‘memang cantik’ apabila melihat pulau-pulau kecil sepanjang perjalanan ke Pulau Redang menaiki bot. Di pantai, pasir halus memutih, air laut sejernih mineral mengujakan pemandangan mataku, langit pula hampir keseluruhannya biru cerah dengan gumpalan awan gebu di hadapannya. Dua ekor helang dengan warna sedikit coklat dan hitam berbanding lainnya putih melebarkan sayapnya lalu membiarkan tiupan angin membawa haluan badan berlenggok ke kiri dan ke kanan dan sesekali menjunam ke permukaan lautan. “Sambar ikanlah tu,”hatiku berkata. Alhamdulillah, kira-kira jam 12.00 tengahari, kami telahpun berada di dalam bilik bernombor sebelas di chalet ‘Redang Lagoon’ setelah melalui pelbagai karenah biasa dalam setiap percutian yang kami lakukan. Mana ada yang sempurna dan tepat bagi setiap perancangan yang manusia lakukan, dan aku amat meyakininya.
Ehhhh... tidurlah kejap. "Jangan lupa, 3.30 petang nak pergi snoorkeling," isteri tercinta mengingatkan. "Taulah, nyebok aje................................." Sejam kemudian, “Ok jom, snorkeling, pukul berapa sekarang? Duit jangan lupa bawak nak sewa goggles dan safety jackets," aku menghela nafas lega selepas dapat berehat seketika. Safety jacket RM10.00 dan goggle RM10.00 kecuali yang guna ‘Powered lense’ kena tambah minimum RM10.00 bergantung kepada tahap powernya," pemilik chalet memberi penjelasan. Kemudian petugas-petugas atau dipanggil ‘snorkeler’ memberi arahan kepada kumpulan kami naik ke bot untuk menuju ke pulau berhampiran. Laut biru terbentang luas sesayup mata memandang dengan datar pada hujungnya menyebabkan sesetengah ilmuan mengatakan dunia ini rata dan ada penghunjungnya. Akhirnya sahlah bahawa bumi ini berbentuk ‘sphere’ seperti yang dinyatakan oleh pelayar terdahulu. Namun penganut agama Islam telah lama mengakui kebulatannya, cuma mereka tidak bersedia mengkaji pada ketika itu.
Warna biru muda dan biru tua yang bergelombang pada setiap bahagian laut memberi maknanya yang tersendiri, buih-buih putih seputih salji dan bunyi ombak kecil berdesir-desir sangat mengujakan. “Yang, jom terjun, banyak coral-coral berbentuk bintang, cantik, ikan ada macam-macam kaler, aku memberi semangat kepada isteri setelah melihat sendiri keindahan di dasar laut berdekatan pulau berhampiran. Pucat muka isteriku bila aku tarik-tarik tangannya. Namun dia turun juga ikut tangga bot, tapi tangannya tak lepas besi di penjuru bot, “Emmm… cantik, cantik, cantik…, oklah nak naik atas botlah, esoklah, kita ‘practice’ kat tepi pantai dulu guna goggles dan hose ni… Aku mencelah, “Ok, abang nak tengok coral kat dasar tu……emm uhhh ohhh memang cantik, ikan jangan cakap, macam-macam ade…..” Setelah penat, akupun naik ke atas bot. Bayak kumpulan pelancong daripada chalet atau hotel penginapan lain juga melakukan aktiviti yang sama di kawasan persekitaran kerana banyak pulau-pulau kecil dan pantai yang memutih. “Semua dah puas, kita pulang ke chalet,” kata petugas-petugas tersebut. “Ok dah bolehlah,” kami menjawab serentak. Berehat, minum petang, makan malam dan melihat pemandangan malam bersama deretan lampu di setiap chalets, desiran ombak, jutaan bintang berselerak serta cahaya bulan menyuluh pantai kelihatan sebaris ditengah-tengah lautan terbentang luas nyata mengkoolkan perasaan. 11.30 malam kami berdua pulang ke chalet untuk tidur dan bersedia untuk aktiviti pada hari ke dua.
“Dah sarapan, sekarang pukul 9.30 pagi, jom kita semua bertolak ke Taman Laut Pulau Redang iaitu tempat utama untuk aktiviti snookerling yang dikawal selia oleh kerajaan negeri. Pastikan anda semua mengikut arahan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, kalau kamu hendak melihat kumpulan-kumpulan ikan yang banyak disekeliling kamu, campaklah cebisan-cebisan roti, kamu akan berasa seronok nanti,” petugas-petugas memberikan arahan dan penjelasan. “Hari ini saya nak snookerling,” isteri membisikkan ke telinga. Aku hanya tersenyum sahaja sambil melihat persekitaran semulajadi di atas bot. Sedia maklum pemandangan pulau-pulau kecil berhampiran, pasir memutih, kejernihan air yang begitu 'transparent' dan sesekali kewujudan pelangi di atas permukaan ombak kecil yang beralun kesan saripada pancaran terik matahari , 'species' marin seperti gamat dan penyu yang boleh dilihat dengan jelas daripada atas bot, memang tidak boleh dipersoalkan. Inilah anugerah tuhan kepada alam semesta dengan pelbagai keindahan yang perlu disyukuri, dipelihara dan dijadikan renungan bahawa pemberian ini untuk semua dan ada rahmatnya yang tersendiri. 30 minit di atas bot berakhir apabila kami memulakan aktiviti snokerling. Kali ini, isteri berasa lebih yakin dengan tunjuk ajar yang aku berikan, nampaknya dia berjaya dan gembira melakukan aktiviti snokerling bersama ratusan kumpulan pelancong dari dalam dan luar negara. Kawasan Taman Laut merupakan tumpuan para pelancong yang gemar aktiviti snokerling dan diving. Aku, jangan cakap memang tanpa berlengah-lengah lagi terus snokerling sehingga ke kawasan 5 meter dalamnya. Apa yang nak dibimbangkan, ramai petugas menunggu di tengah-tengah laut yang ditandakan dengan garis sempadan, kawasan untuk para pelancong melakukan aktiviti snookerling. Mereka bersedia menghulurkan bantuan apabila keadaan cemas berlaku. Para pelancong seperti aku berasa yakin dan selamat tanpa perlu berasa bimbang.
Fuyioooooo, lagi 'best', 'coralssssss', ikan-ikan yang pelbagai saiz dan warna mengasyikkan pemandangan. Ikan kerapu, ikan… entah, macam-macamlah. Tiba-tiba segerombolan atau boleh dikatakan beribu-ribu ikan bilis berenang melintasi kawasan aku snokerling. Aku juga dapat menyentuh badan beberapa ekor ikan yang aku gelar sebagai ikan harimau. Memang jinak-jinak. “Uhhhhhh.. bestnya”. Corals berbentuk kelopak macam bunga raflesia sebesar 2x3 meter persegi pun ada. “Alamak… anak ikan yulah,”aku bercakap sendirian. Uhuk!!Uhuk!!Uhuk!! Tiba-tiba air masuk dalam ‘hose’ yang aku pasang. Cepat-cepat aku timbulkan muka di permukaan air. Ewuehhhhhh…uhhhhh, tertelan banyak air lautlah pulak. Memang mengasyikkan sepanjang 45 minit melakukan aktiviti snokerling di Taman Laut ini. Aku naik ke darat dengan perasaan puas dan berdua bersama isteri membersihkan diri di tempat yang disediakan. Bilik air juga ada disediakan di kawasan berhampiran.
Sementara menunggu feri untuk bertolak pulang ke Redang Lagoon kira-kira jam 11.30 pagi, pelbagai 'species' ikan dapat dilihat dari atas jeti apabila pelancong-pelancong mencampakkkan roti melalui jeti ke permukaan laut. Situasi ini menggamit “kejakunan’ bagi pihak aku. Maklumlah beribu-ribu ikan yang jinak dengan formasi renangan mengikut jenis. Jam 12.45 tengahari, kami tiba, makan tengahari dan berehat di bilik. “Petang ni tak payah pergi snookerling, cukuplah dua kali. Kalau awak nak pergi, pergilah,”aku memberitahu isteri. Nampaknya isteri aku pun letih dan bersetuju untuk berehat sahaja di bilik. Selepas solat, minum petang, berjalan-jalan di pantai, makan malam, duduk di pangkin-pangkin yang disediakan di hadapan chalet sambil menikmati bayu malam yang agak kencang bersama pancaran lampu-lampu dan aluna muzik “open show” daripada chalet-calet berhampiran, suasana malam amat mendamaikan, menenangkan, mengasyikkan, merehatkan, melegakan dan tidak puas hanya sekadar 2 malam 3 hari di Pulau Redang. “Yang, esok kita akan pulang, seronok tak?” aku bertanya. “Seronok….,” reaksi isteri yang sentiasa natural bila berasa suka dan tidak suka. Tidak lebih daripada sepuluh kali sepanjang sembilan tahun perkahwinan dia akan ketawa besar. Mungkin kerana aku sering mengingatkannya supaya jangan terlalu gembira. apabila meraikan sesuatu yang menyenangkan hati. Dua jam sebelum 12 tengah malam aku telahpun berada di bilik penginapan, berehat, ehem…ehem……dengan alunan muzik slow rock yang menjadi tabiat aku sebelum tidur.
“Bang, ‘speed bot’ dah sampai,” kedengaran suara isteri di gegendang telinga. Keasyikan aku terhenti, lalu segera menutup laptop, bergegas mengangkut beg untuk bertolak pulang ke Jeti Merang. Selamat tinggal Pulau Redang dan kami insyaAllah akan kembali, bisikku dalam hati.
No
|
Subject
|
Gred
|
Comment and Suggestion
|
1.
|
Beach cleanliness
|
A
|
-
|
2.
|
Sea water: Clean, transparent, etc
|
A+
|
-
|
3.
|
Snokerling Activities: Corals, fishes, etc
|
A
|
-
|
4.
|
Nature View: Islands, surrounding sceneries
|
A
|
-
|
5.
|
Chalet Facilities:
Inside
Outside
|
B
A-
| |
6.
|
Chalet:
Room
Room Facilities
Room Toilet
Food
Plug Pots
|
A
B-
B-
B+
A
|
Provide small or make up table , upgrade mattres(my body felt aching of the mattres springs), pail, bath facilities (soap, shampoo, etc), upgrade the safety system(clear voices from other rooms can be heard, also can peep other rooms because i can see small lights come in to my room(put playwood to the whole wall).
|
7.
|
Chalet Workers:
Instruction
Explanation
Discipline
Respect
Assistance
|
A
A
B
B
A-
|
-
|
8.
|
Suggestion:
Souvenier Booths
Marine Office
Goods Stalls
Jeti(arrangement of plastic containers as jetties are very nice and can be spread more)
|
Suggestions and comments give good impact in future. I believed.
| |
Conclusion:
A with Green Card of ****. Pulau Redang can be visited by all tourists from locals and foreigners because its very safe and got marvelous views and activities mainly the ocean. Congratulation.
|
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete