Posts

Showing posts from February, 2020
Image
CUTI-CUTI MALAYSIA:  Percutian Berkembar : 5.6. dan 4.5.  Percutian pada tahun ini sangat istimewa bagi diriku dan isteri tersayang. Ma-na-kan tidak, semua ahli keluarga sebelah aku akan berkumpul di Perak, lokasinya Hutan Melintang. Adik bongsu aku yang baru mendapat cahaya mata pertama ingin mengadakan kenduri aqiqah di rumah mertuanya. Selepas majlis tersebut, perancangannya ialah ke Langkawi, Kedah. Aku gembira kerana dapat berkumpul buat pertama kali selepas kematian ibuku pada hujung 2018, mendapat seorang lagi anak saudara lelaki dan  berkunjung ke Tanah Lagenda Mahsuri untuk kali ke-5 atau mungkin ke-6, aku dah lupa.    Kami sekeluarga memang sangat rapat, sering berkumpul dan makan bersama sejak kecil lagi. Walaupun aku pernah tinggal dengan datuk dan nenek selama 5 tahun, dengan abang sulung berlainan ibu hampir 10 tahun sejak berumur 6 tahun, namun pada cuti sekolah aku mesti pulang ke Parit Raja untuk bersama adik beradik kandung.  Aku ad...