6. AKU SEORANG CIKGU: 11 JULAI 2021. KOKURIKULUM: “KESIHATAN, KECERGASAN DAN KECERDASAN ADALAH 1 CARA HIDUP”. Hari ni aku nak cerita pasal kokurikulum yang merangkumi sukan permainan, sukan acara balapan dan padang serta pasukan unit beruniform. Bidang permainan dan sukan padang telah sedia wujud semenjak zaman pre-merdeka lagi yang mana pada mulanya sebagai aktiviti kecergasan dan kecerdasan pada masa lapang dan kemudian dijadikan pertandingan-pertandingan untuk memeriahkan suasana. Pasukan unit uniform pula wujud sebagai pertolongan sewaktu bencana, kecemasan dan keselamatan. Sebagai contoh, permainan bola sepak pertama kali dimainkan semenjak pertengahan abad ke-19 di England. Malahan, Sukan Olimpik bermula pada 1896 yang diadakan setiap empat tahun kecuali sewaktu Perang Dunia. Kepentingan 3 pecahan bidang kokurikulum ini sangat penting dan wujud di setiap sekolah rendah mahupun menengah, kolej-kolej, universiti-universiti dan dalam kebanyakan jabatan ...
Posts
Showing posts from July, 2021