Pengalaman cikgu sebagai guru kelas, guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan menolong calon-calon UPSR melalui kelas-kelas tambahan sedikit sebanyak boleh dikongsikan di sini. Cikgu akan sediakan link-link video bagi tajuk-tajuk mata pelajaran Bahasa Melayu SK Tahun 4, 5 & 6 untuk murid-murid buat ulangkaji. Murid-murid boleh jelajah, tonton, buat latihan dan ambil nilai-nilai yang baik untuk memantapkan pengunaan Bahasa Melayu seharian.
Lihat
gambar di bawah. Masyarakat yang dikatakan bagus ialah mereka-mereka yang suka
bekerjasama dan saling menolong. Tulis 5
AYAT MAJMUK berdasarkan soalan Adakah
benar bagus aktiviti gotong-royong dalam satu komuniti setempat?Gunakan semua nota dalam ‘Bimbingan Terkawal.’
Bimbingan
Terkawal
Nota
1
eratkan hubungan dalam
komuniti
Anda boleh menggunakan gaya
bahasa dan isi sendiri mengikut kesesuaian.
Tulis sebuah karangan dalam anggaran 150 patah
perkataan. Gunakan semua nota dalam
‘Bimbingan Berformat.’ Karangan anda adalah dalam anggaran 150 patah perkataan
tentang ‘Cara-cara mewujudkan masyarakat penyayang terhadap warga emas.’
SAYANGI WARGA EMAS SELAMANYA
Bimbingan Berformat
Nota
Pendahulaun
-sayang
kepada orang-orang tua
Anda boleh menambah isi
karangan dan menggunakan gaya bahasa sendiri
mengikut kesesuian.
Isi
-lihat wajah-wajah mereka selalu
-mengasihi dengan berdoa, jaga kesihatan
dan bagi rawatan
-jangan sisihkan mereka
-jangan guris hati mereka dengan
kata-kata kasar
Penutup
negara bangga apabila semua
masyarakat Malaysia mempraktikkan sifat penyayang
Semua manusia
mesti ada sifat penyayang. Sifat penyayang tersebut perlu sentiasa ditunjukkan terutamanya
kepada warga emas.
Satu cara utama ialah dengan melihat wajah-wajah warga emas dengan
kerap mengunjungi mereka apabila ada kelapangan. Contoh yang lain ialah mengasihi warga-warga
emas dengan selalu mendoakan, menjaga makan minum, menjaga kebersihan diri dan
tempat tinggal, menjaga kesihatan tubuh badan dan menjaga keperluan-keperluan lain
mereka. Selain itu, jangan sesekali sisihkan
warga-warga emas dalam setiap hal walaupun mereka sudah lanjut usia. Contohnya, anak-anak boleh meminta pandangan dan
memohon restu daripada ayah dan ibu, datuk dan nenek dan individu-individu yang
berpengalaman bagi mendapat keputusan yang tepat. Akhir sekali, elakkan
mengguris hati dan perasaan warga-warga emas dengan kata-kata yang tidak sopan serta
mengungkit perkara-perkara lepas.
Kesimpulannya, negara akan membangun dengan lestari apabila semua
masyarakat Malaysia mempraktikkan sifat penyayang kepada warga-warga emas dalam
salah satu amalan kehidupan seharian.
Assalamualaikum and hello to all my dear school's children. Herewith are some useful knowledge at the time you are willing to learn the above subjects in English language. Due to this, KPM had took a tremendous action for almost half of a century by the aim to clear and familiar the children with this International language. Let's learn together. Hope will enjoy Maths as its counting every phase of one's life in Humanisation Science.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SAYANG MURID-MURID. Cikgu telah sediakan link-link video bagi tajuk-tajuk mata pelajaran Bahasa Melayu SK Tahun 3. Murid-murid boleh jelajah, tonton dan ambil nilai-nilai yang baik. Jika ada tugasan tambahan, cikgu akan masukkan ke dalam Telegram Kelas, Googleclassroom atau Vle-frog ya.