ITU SAHAJA: Jalan2Pandang2Pegang2Picit2Makan2.


17.12.16
Mula memandu kereta jam 6.00 p.m.  dari rumah di Taman Manis, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Menunya di R&R Pagoh:  Mee rebus RM6, Bakso Mee Hoon RM5, Teh Tarik RM1.50 di kedai nombor 9 (Warong Wakomo).
Sampai R&R Seremban dan solat. Pekena roti kacang lawan kopi 0.

18.12.16
Ke Puchong, rumah adik di Kg. Seri Aman (Lorong Bestari 1). Disambut mesra oleh adik ipar (Shahrul). Menghirup teh o panas. Lega......berbual dan terus masuk tidur.
Menu sarapan ialah nasi goreng ikan bilis dengan nes 0. Adik masak. Mereka makan salad jer.......tengah diet.
10 pagi ke IKEA Damansara lebih kurang 2 jam setengah 'window shopping'. Penatnya,  makan  meat balls, mushroom soups,  salads, vegetable popias, lamb shank, garlic bread, mineral water dan juice oren. Balik rumah pekena teh o suam.
Malamnya, Sulaiman sekeluarga datang dan ajak dinner kat Tom Yam Serdang. Menu untuk 3 keluarga ialah nasi putih  9 pinggan, sup gear box  'gedabak', sup tulang, tom yam, ikan masak 3 rasa, ikan masak stim halia, sayur goreng, sotong sambal, otak2 dan air minunan. Adik ipar bayar (Sulaiman).

19.12.16.
Sarap air teh 2 gelas dengan isteri di rumah adik.
Singgah di Petronas beli kuih karipap, donat manis, donat sambal dan pau kacang.
11.30 a.m  di R&R Temerloh. Pekena nasi lemak, laksa dan kopi o. Makan buah ciku potong, jambu air  dan 'mineral water'.
Sampai Kuantan pukul 2.00 petang: Makan nasi putih, ikan  caru masak sambal, caru masin masak lemak nanas, sata, sate udang goreng, sate sotong goreng, ulam-ulaman, bawal goreng, nasi tambah, teh o kosong dan air kosong.
Malam di rumah Taman Balok:  makan asam pedas ikan merah, ikan masin pekasam, ulam-ulaman, air kosong dan buah anggur.

20.12.16
Sarapan di rumah Taman Balok: Teh o dan biskut.
Sarapan lagi di tepi pantai: Nasi kerabu, kambing kari, hati ayam goreng, pedal ayam goreng, ayam kari, ulam, keropok, teh o dan limau suam.
Makan lagi (2 keluarga): Roti canai, kari kambing, lempeng, leher ayam goreng dan air suam.
Lagi-lagi makan (Kemaman): Keropok lekor, satar, popia ikan, air kelapa muda, pais ikan selar kuning, pais ikan pari, satey sotong, otak2, sagun dan bepang. Adik ipar bayar (Din).
Makan malam pulak (Taman Balok): Nasi putih, ketam pedas lemak kuning, ikan kapak masin, ulam bendi, ulam timun, sambal kicap cair, ikan caru bakar, air suam dan buah anggur. Sebelum tidur tak makan tapi minum air kopi tongkat ali (Ali Cafe) dan air suam.

21.12.2016
Sarapan: Nasi goreng, mee tiau, air kopi dan air suam. 7.30 pagi bertolak pulang dari rumah Idah di Taman Balok.
Singgah pantai Batu Hitam, pantai Teluk Cempedak dan berjalan 211meter di tepi pantai, ke bandar Kuantan di Tepian Jeti 'Cruise'.
Makan: Pisang, ulam: kerdas, terung puyuh, petai, jering, bendi, pucuk ubi, kacang panjang, lada hitam, ikan patin, sotong tumis kuning, telur sotong, ikan kerisi goreng, cencaluk, budu dan sambal belacan.
Shopping sikit: Telur penyu, sagun, sate ikan, bepang manis dan bepang bijan. Akan datang mungkin ada inovasi untuk bepang gula melaka, bepang gula sagu, bepang gula rumbia, bepang gula kelapa hijau, bepang gula kelapa oren, bepang gula kelapa kuning, bepang gula tebu, dll).
Memandu melalui Pekan ke Mersing.
Makan: Sate ikan, jambu air dan air mineral di tepi pantai Rompin sambil menikmati tiupan angin kencang. Perhhhhhh......nyaman Pak. Drive melalui Mersing, Kahang, Kluang dan singgah di Kluang Rail-Coffee- Pekena roti bakar bulat dan petak, kopi o dan kopi susu.
Drive ke Taman Manis. Pekena mineral water dan rehat.

Comments

Popular posts from this blog

BAHASA MELAYU: ASAS 3M + 2M

BAHASA MELAYU: TAHAP 1