Nikey-balon ke Sarawak & Sabah


Sarawak-Kaya Budaya
 Arrrived at Kuching Airport at 8.16 a.m. after plus minus 1 hour in the sky from Senai Airport, Johor Bahru. Quick looking here and there to search exit lights. Breathing minutes and then charged a cab for RM40 to ‘Coffee O Corner’ after getting a pleased negotiation with a young good looking Chinese driver before we were sent to ‘Abell’ hotel. At the ‘Coffee O Corner’ we tasted ‘Mee Kolok Special, Nasi Goreng Ikan Terubuk Masin, Coffee and Tea’ with RM22 for prices. Emmmm…..nice tasted and valued for money. Check in at 10 a.m. on 3rd December 2016 after seeing the digits shown in the small partition from my wrist-watch. Pampering for hours on bed. 



Jam menunjukkan angka 1111 a.m. Jom……ke Kucing Water-Front. Kebetulan ada Karnival Kraft Sarawak semasa kami berkunjung ke sana. Ada pameran, jual-beli barangan, ‘live band’, bazar-bazar makanan dan banyak lagi. Pengunjung boleh nikmati makanan sambil melihat ‘view’ yang indah di persekitarannya. 
 Membeli belah di sepanjang laluan kedai-kedai lama dengan haruman rempah ratus, makanan tradisional, pakaian dan cenderahati memang menjadi kegilaan penunjung-pengunjung luar mahupun tempatan. Tengah asyik….......menyelusuri kawasan ‘Little India’, terdengar azan berkumandang. Masuk laluan sempit berdekatan dan terus ke Masjid  India, 'masbuk' rakaat kedua.
 


Layan lagi ‘sight seeing’ di seberang sana pulak. Pengunjung boleh menaiki feri, 'speed bot' dan sampan daripada pelbagai bentuk dan saiz dengan harga yang berpatutan. Kami memilih bot penambang dengan harga RM1 sehala dan RM1 lagi untuk arah yang bertentangan. 
Kawasan ini juga terkenal dimana pengunjung boleh membeli hanya sebentuk (kuboid) kek lapis yg menjadi fokus peniaganya tapi......tapi......tapi…..ada bagai-bagai warna, bagai-bagai ombak, banyak lapis, pelbagai rasa, banyak kacang, banyak cheese, ada kuaci dan banyak ‘raisine’ dari beberapa buah kedai yang memang ramai pengunjungnya. Harga beres Pak......, sangat berpatutan dengan rasanya yang enak bangat, ada 'tester' lagi (kenyang makan 'tester' yang banyak - baiklah tuan kedai). Kami juga tidak ketinggalan membeli berbuku-buku kek lapis untuk dibawa pulang. Di hadapan kedai "Kek Lapis Mira" ada sebuah kedai pojok dengan deretan ikan terubuk masin macam-macam saiz. Harganya juga berpatutan, tapi jangan lupa tawar dan senyum sikit untuk mendapat ‘price-cut’. ‘Senyumkan sedekah’…….. Moga dapat rezeki yang melimpah ruah buat 'you all brothers'.
Hujan renyai-renyai serta merta jadi lebat. Aku dan isteri basah, Lari.....jalan....lari….dan lari lagi.  Berteduh di kedai Pak Somet Ayam Penyet yang popular di bandar Kucing (pandang depan hotel Abell, buat bentuk ‘L' terbalik……..ke kanan.....jumpa) pekena kopi ais dan teh ais '3 layers'. Slurrrp........hhhh.....ahhhh…sodap……., 'respect’ lu beb…... Bayar harga air minuman, lari dan lari lagi..., terus masuk dalam hotel, berehat….. La.......... jarum panjang kat 9 dan jarum pendek  hampir dgn 3. Belum pukul 3 lagi? Isteri aku senyum jer.
Malam nak ke ‘Night Market’ Satok pulak, suara isteri aku perlahan sewaktu aku keluar bilik air. Dengan selamba aku jawab…. 'berehhhh dong’. Rupa-rupanya bukan ‘night market’ tapi macam mana nak cakap ek.  Senang cakap... medan niaga yang digabungkan dengan pasar tani dan pasar malam dan tempatnya di satu kawasan yang luas dan lapang untuk memudahkan para pengunjung membeli-belah apa sahaja. Jika naik bas cuma RM1 dari Water Front. Ada bahagian sayur-sayuran dan buah-buahan segar, bahagian pakaian dan kraf, bahagian kuih tradisional, kedai-kedai dan medan selera yg panjang dan besar dengan menu-menu yg lazat (makanan exotic pun ada) dan banyak lagilah. Kemeriahannya dikatakan hingga pukul 10 malam. Bila berjalan-jalan kat sini, terpandanglah 5 jenis buah yang belum pernah dilihat oleh mata seumur hidup.  Salah satunya buah ‘crystal’ yang manis dan sedap, yang lainnya……..lupa pulak. Duduk berehat dan ambil ‘dinner’ kat sini. Menunya ialah midin (pakis) goreng belacan, ikan stim halia dan udang sambal. Lazat jugak……. Baliknya, kami berjalan kaki lebih kurang 5 km untuk ke Water Front semula. Kerlipan cahaya lampu, hujan renyai-renyai yang halus dengan tiupan bayu malam, gerai-gerai makanan dan minunan, barangan-barangan cenderahati, alunan lagu dengan iringan muzik secara ‘live’ daripada beberapa buah kumpulan muzik di sepanjang laluan sungguh mengasyikkan. Pasangan baru berkahwin…..boleh cuba untuk mendapatkan ‘feeling’ kat sini. Ohhhhhh…….memang penat, kami terus menyelurusi laluan menuju hotel Abell. Masuk……bersihkan diri dan tidur.
Kepenatan semalam, menyebabkan kami keluar hotel jam 11 pagi. Jalan-jalan ke UTC (Urban Transformation Centre). Dalam bangunan ni, paling ‘best’ ialah kat 'Small Mart' dengan berbagai-bagai produk makanan IKS tempatan. Boleh dikatakan melebihi 95 peratus hasil bumi tempatan yang dimanipulasi menjadi produk makanan. Pembuatannya sangat 'simple' tapi kalau tak lihat tak terfikir otak. Kembali menapak  ke kedai Pak Somet untuk makan tengahari. Nasi ayam, laksa sarawak, sayur goreng, sup tulang, air milo dan nescafe ais. Sedih......daging kat sup tulang belum empuk, nasi ayam pehhhh......'sodap botul' macam kat ‘Jeng-Kuan BP’, laksa ok…. citarasa Sarawak, sayur goreng 'shrimp paste' memang 'kick'. Bayar di kaunter dan 'inform' pasal sup tulang. Alhamdulillah, ‘cut-off price’ tak payah bayar....terima kasih. 'Total cost' RM23.....berpatutan.
Jalan-jalan lagi......lari dan lari lagi …..untuk menyeberang jalan, ‘charter cab’ ke ‘Cultural Village’ di Santubong. Wow!......’extremely different’, 7 buah rumah utama suku-suku seperti Penan, Melanau, Bidayuh, Jakun, Cina dan Melayu dengan reka bentuk unik masing-masing di tempatkan dalam satu perkampungan, surau dan ‘food court’ disediakan, pelbagai alatan berburu, alatan masak, pakaian-pakaian, herba dan 'fening' kerana banyak sangat benda yang baru pertama kali dilihat. Sempat juga menyumpit (6x sumpitan RM2) dan menari tarian ngajat. Pada akhir lawatan, kami masuk ke dalam 'theatre room' menyaksikan rangkaian persembahan kebudayaan Sarawak selama lebih kurang 35 minit. 
Bagaimana untuk ke sini? Perjalanan dari bandar Kucing mengambil masa kira-kira 39 minit hingga 55 minit. Jika ingin cepat, bayar sahaja RM120 (bagi perjalanan dua hala menggunakan Teksi yang sedia menunggu di mana-mana sahaja). RM5 sahaja jika menggunakan bas untuk perjalanan sehala. Pengunjung boleh juga menginap di persekitaran kawasan Santubong kerana kawasan ini dikatakan menjadi tumpuan utama pelancong seluruh dunia. Tiket masuk ke “Cultural Village’ ialah RM60. Aktiviti-aktiviti lainnya ialah mendaki gunung, mandi pantai, ‘bird watching’ ‘photoing’, mandi air terjun, ‘flying fox’, memancing dan ‘jungle trekking’.
“Sebentar lagi saya sampai”, suara pemandu teksi muda yg peramah, Izzaidin namanya. Kami telah berjanji untuk berjumpa semula jam 0515 petang selepas habis lawatan.
“Penat juga, apa aktiviti seterusnya”, suara saya dari atas katil. “Makan 'seafood' kat UTC, gerai Bukit Mata, No. 25, kata Izzaidin sedap dan ‘service’nya cepat”.
“Ordernya apa?” Teh O kosong dan fresh oren. “Makannya?.... nasi putih nak?” Dua pinggan. “Ikan?” Bawal putih. “Masak apa?” 3 rasa kata isteri. “Sayur?” Midin goreng belacan, boleh? Ketam seekor. “Syarat makanan ‘seafood’ mesti 300 gram ke atas, boleh tak?” Boleh, saya nak ketam sambal, udang goreng ‘butter’ dan tomyam campur.

1145 esoknya kami ‘check out’, naik ‘cab’ ke ‘airport’ dengan bayaran RM28. Bual-bual dengan ‘uncle’ keturunan Cina tentang bunyi 'horn' kereta.  Saya memberikan pendapat, adalah sangat perlu membunyikan ‘horn’ kereta supaya pengguna-pengguna jalan raya peka akan persekitarannya dan tidak mudah berlaku perlanggaran. Namun beliau bimbang, cemas dan kadang-kadang takut kerana ada dalam kalangan pemandu lain menunjukkan isyarat lucah dan memaki hamun apabila terdengar bunyi ‘horn’ kereta. Saya hanya menyuruhnya bersabar dan fokus kepada niat yang baik.
Buat ‘self-check’, berehat dan pekena kopi di lobi ‘airport’ sementara nak masuk ke dalam boarding room.

Sabah-Kaya Hasil Laut
Lebih kurang 2 jam penerbangan, naik bas ‘airport’ dan ‘check in’ di Dreambel hotel Kota Kinabalu yang letaknya hanya kira-kira 3 km sahaja dari airport. Keputusan dibuat untuk kekal di sini selama 3 hari dua malam.
Jam 0545 p.m. kami berjalan-jalan di bandar Kota Kinabalu. Ke pasar Filipina selepas ditunjuk oleh seorang lelaki India. Em.. wow.... ‘a very different experienced’. Hampir 300 meter pasar dibariskan dengan bahagian-bahagian tertentu. Satu baris penuh dengan ‘seafood’ yang baru ditangkap (lobster sebesar lengan, ikan besar badan aku pun ada dan macam-macam lagi) baris kedua dan tiga hasil bumi hijau (macam-macam sayur, keladi gergasi dan entah......banyak sangat), baris empat dan lima lauk pauk yang telah dimasak (boleh makan situ dan bungkus), 30 meter berikutnya mak oiii... lobster, udang galah, ketam, sotong, kerang dan ikan (kerapu, merah, tongkol, jenahak, dan entah….apa namanya pun aku tak tahu)  disusun berderet-deret (ada yang telah siap di bakar dan boleh dipanaskan sahaja ataupun pengunjung boleh ‘order’ mentah-mentah, timbang, tawar dan kira harga, masak dan hidang). 20 meter lagi gerai-gerai ‘permata laut’ yang dikeringkan (bilis, ikan kering. ‘sea cucumber’, sea orchin’ dan macam-macam lagilah) pemandangan yang sangat berbeza. 23 meter lagi ialah pelbagai buah-buahan yang dilonggokkan....banyaknya.  Situasi seperti ini tiada dalam minda, senang cakap, rancang cuti anda ke Sabah, ada keseronokan yang tersendiri. Aku rasa atau agak hanya 1/15 daripada pemandangan-pemandangan dan kawasan-kawasan menarik yang boleh pengunjung nikmati di seluruh Sabah. Salah satunya ialah kawasan ini……dari pasar Filipina pengunjung secara ‘direct’ membelakangi ataupun mendepani lautan terbentang luas dengan beberapa buah pulau menghijau. Pulau-pulau ini  dapat menimbulkan daya tarikan tersendiri penggemar-penggemar pantai untuk ‘snorkeling, diving, swimming, boat riding, fishing, island hoping dan para-gliding’. Jika dari hotel, kita boleh juga tengok pemandangan laut dengan buih-buih putih bergaris panjang kesan hentaman muncung bot laju membawa pelancong-pelancong  mengelilingi pulau-pulau tersebut.
Oleh kerana perut dah lapar, kamipun ‘order’ ikan bakar, lobster tumis lada, udang galah goreng, ulam rumpai laut, pencicah cili asam, nasi putih dan air suam. Inilah makanan yang paling banyak aku ‘order’ untuk 2 orang makan.  Isteri menjeling sahaja ke arah aku. Selepas membayar harganya, kamipun berjalan pulang. Terpegun sejenak kerana sebelah hotel kami iaitu di Dataran Merdeka, sinaran dan kilauan lampu berformasi menerangi kawasan yang menampakkan pentas yang indah dan pepohon besar hijau disekelilingnya. Mungkin ada program kemasyarakatan pada hari sebelumnya atau esok lusa. Masuk Dreambel bilik 910, baring atas katil dan telena.
Esoknya, iaitu pada 061216 jam 0555 a.m. cuaca dah cerah macam pukul 0700 a.m. di tempat kita, Johor. Tunggu ‘breakfast’ 0630 a.m. dan bergerak untuk menaiki bot laju mengelilingi pulau atau ‘Island Hoping’.  Pergi jeti tawar menawar, 3 pulau RM150. Sut keselamatan 2 pasang dan google 1 set RM30. Jumlahnya RM180.  Akhirnya bukan tu je, siap beli sut murah untuk ‘snorkeling sekali. Enjoy juga sampai pukul 0350 p.m. dari pukul. 1100 a.m. Habis kulit aku ‘sunburn’.......hitam bertambah-tambah hitam lagi. Dah syok……, nak buat macamana.
Balik ke pangkalan semula dan terus berhenti betul-betul kat Pasar Filipina semalam,  pekena ikan bakar, sotong bakar, ketam goreng tepung dan sayur kangkung goreng. Air teh o ais limau dan teh o kosong. 
Balik hotel, bersihkan diri dan rehat. Malam tak ke mana-mana, cuma duduk dalam bilik tengok kilauan lampu-lampu dari bangunan-bangunan di bandar Kota Kinabalu dan sesekali kilauan cahaya merah daripada  'Nikey-balon’ melintasi pemandangan.
Pagi ni, lepas sarapan terus jalan-jalan di bandar Kota Kinabalu. ‘Round’ pasar yang panjang dan macam-macam tu, bazar cenderahati yang padat lebih kurang 43 meter, manakala 25 meter seterusnya ialah produk-produk makanan (IKS). Kami beli barang sikit dan cukuplah.........terus bergegas ke bilik. Ops.... singgah ke restaurant India Muslim dan bungkus teh tarik 'rendek'. Jalan laju-laju.....dan perlahan-lahan......lari-lari sikit.......sebab nak melintas jalan. Maklumlah kawasan bandar...lagipun cuti sekolah...... pagi pulak tu........
Sampai Dreambel je....’packing’ barang kemas-kemas sebab petang ni berlepas ke ‘Senai Airport’ semula. Lega 1122 a.m. semuanya dah siap dengan satu beg tambahan yang besar. Buat apa lagi ek.... ada masa 05 jam lagi ni. Tengok pemandangan pantai.....em...'gelebuk'.....atas tilam....rehat.
“Hello, can we have 1 hour extra for check out?” Yes, absolutely. Sakit perut pulak...bersihkan diri, jamak dan qasar.... bergegas turun jam 0101 p.m. "Terus ke airport", kata isteri. K.... RM10 untuk dua orang menaiki bas ‘airport’ di hadapan hotel. Pekena kopi O kat 'Old Town' sambil menunggu untuk ke Gate 3A pada pukul 0445 p.m. Slurrppp...peh....lega. “Penerbangan AK313 boleh bersedia memasuki Balai Berlepas…. sekarang”, suara pramugara AirAsia memberi arahan.
Dua jam lebih berikutnya, "Lah....... kapal terbang nak 'landing', cuba tido tapi tak boleh.....seronok tengok kapal terbang langgar awan-awan ‘stratus’.......bergegar.....alah……macam bas langgar lubang. Hujan pulak tu.........sejuk”. Isteri mengangguk, terus ambil bagasi, ke Metro Parking, bayar dan memandu pulang. Singgah makan tom yam dan sup ekor kat 'Fatin Seafood' Parit Semarang. ‘Setting’ barang-barang kat rumah dan 1130 p.m. kami masuk tidur.
Sabah yang luasnya hanya 73,620 km persegi (7.362 juta hektar) namun membawa kenangan yg tersendiri antara berjuta-juta kenangan yang tak mungkin dilupakan bersama isteri tercinta. Sabah hebat di segenap permata lautnya, Sarawak yang seluas 124,450 km persegi banyak membuka nostalgia dengan kupasan sejarah budaya kehidupan seawal sejarah hingga percikan kemodenan yg sedikit demi sedikit menyelinap masuk, namun tetap dipertahankan oleh waris-waris yang cintakan panorama hijau dan asli.  Kenangan ini memberikan kelainan yang bukan sedikit bagi kami. ‘Nikey-balon’ 2 benua kecil selama 6 hari mengamit memori indah kepada kami. Kami pulang ke Semenanjung dan sudah terbayang untuk datang lagi pada masa yang lain. Selamat tinggal Sabah (Poun-sikou dalam bahasa Dusun kata salah seorang staf hotel)…..ntah betul atau tidak akupun tak tahu.
Komen: Banyak benda baru, seronok dan ‘totally different’ daripada percutian sebelumnya.

Comments

Popular posts from this blog

BAHASA MELAYU: ASAS 3M + 2M

BAHASA MELAYU: TAHAP 1